Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Skuad kebangsaan Bangladesh dijadualkan bertemu Indonesia untuk aksi persahabatan antrabangsa pada 1 Jun ini sebagai persiapan awal sebelum menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Indonesia dipilih sebagai medan untuk menguji barisan pemain mereka kerana mempunyai persamaan corak permainan dengan skuad Harimau Malaya yang berada satu kumpulan dalam saingan kelayakan.

Pengerusi jawatankuasa skuad kebangsaan Bangladesh, Kazi Nabil Ahmed mengesahkan perkembangan tersebut dan mendedahkan pasukan itu akan memulakan kem latihan pusat pada 16 Mei sebelum terbang ke Indonesia pada 27 Mei.

“Kami akan menentang Indonesia sebagai perlawanan persediaan pada 1 Jun sebelum terbang ke Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam Newage Sport.

Sebelum ini, mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kemboja sebelum terbang ke Malaysia namun Persatuan Bola Sepak Kemboja enggan menghantar pasukan kebangsaan ke Bangladesh.

Bangladesh setakat ini telah menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa sejak dibimbing oleh jurulatih baharu dari Sepanyol, Javier Cabrera. Mereka tewas 0-2 kepada Maldives sebelum mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Mongolia pada bulan Mac lepas.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

FAM Umum Jualan ‘Tiket Kombo RM100’ Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Nooa Laine Tidak Akan Beraksi Di Sukan SEA

Sukan SEA 2021: Malaysia Kejutkan Thailand Di Saat Akhir

Skuad Bawah 17 Tahun Malaysia Berpeluang Jalani Latihan Di Akademi Juventus