Kelab Thai League 1, True Bangkok United muncul juara kejohanan Asia Challenge Cup 2020 setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Selangor menerusi penentuan sepakan penalti.

Perlawanan antara Selangor menentang Bangkok merupakan perlawanan penentuan bagi menentukan dimana kedua-dua pasukan masing-masing mempunyai enam mata setelah menang pada perlawanan pertama dengan keputusan 3-0.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Bangkok melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama manakala Selangor mengekalkan sebahagian besar pemain yang beraksi pada perlawanan pertama.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun keadaan permukaan padang setelah hujan lebat nyata memberi kesukaran kepada pemain dari Selangor dan Bangkok United untuk memanfaatkan peluang.

Kedudukan masih terikat 0-0 dan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti bagi menentukan pasukan mana yang akan muncul sebagai juara.

Kegagalan Zahril Azri dan Halim Saari untuk menyempurnakan sepakan penalti dimanfaatkan dengan baik oleh Poklaw Anan dimana beliau berjaya menjaringkan sepakan terakhir sekaligus memberikan trofi ACC 2020 kepada Bangkok United.

Kelab dari Liga 1 Indonesia, Persib Bandung menamatkan saingan di tangga ketiga manakala Hanoi FC dari V-League menduduki tangga tercorot.

Baca artikel lain mengenai kejohanan Asia Challenge Cup 2020 di sini:

Tristan Do: Faktor Usia Bukan Halangan Untuk Matyo Menyinar

Persib Bandung Bakal Gunakan Pemain Simpanan Hadapi Asia Challenge Cup

Tristan Do: Faktor Usia Bukan Halangan Untuk Matyo Menyinar