Ketua pasukan kebangsaan Argentina, Lionel Messi berasa lega kerana pasukannya akhirnya ‘mengakhiri sumpahan di La Paz’.

La Paz merupakan ibu negara Bolivia, dan Argentina tidak pernah menang di tanah tinggi itu sejak 2005.

Banyak kenangan pahit Argentina di La Paz termasuk pernah dimalukan 1-6 di sana dalam kekalahan terburuk dalam 60 tahun dalam sejarah pasukan mereka.

Sebelum ini, Messi dan rakan rakan berkunjung ke La Paz kapten Argentina itu termuntah di dalam padang kerana cabaran kedudukan geografinya yang sangat sukar.

article-2299771-18F25E8A000005DC-155_308x185

La Paz adalah kawasan yang terkenal dengan kawasan yang ‘tidak cukup’ oksigen bagi manusia lain yang tidak biasa. Ianya terletak pada ketiggian 3,637 meter dari paras laut.

Oleh itu para pemain Argentina  menyedut oksigen tambahan bagi mengelakkan masalah lain melanda.

Ini adalah situasi ketika 2013, di mana Argentina ‘separuh nyawa’ untuk seri di sini:

Messi ketika itu berkata: “Teruk sungguh rasanya bermain di sini. Seri adalah keputusan yang baik untuk kami. Setiap kali selepas kamu berlari pantas, kamu akan mengambil banyak masa untuk memulihkan diri.”

Di Maria ketika itu meminta bantuan oksigen di tepi padang dan Lionel Messi termuntah.

Ini adalah senario biasa bagi pasukan pelawat pada rehat separuh masa ataupun selepas tamat perlawanan.

Namun akhirnya Argentina dapat mengatasi situasi sukar. Walaupun ketinggalan oleh gol Marcelo Martins pada minit ke-24, juara dunia dua kali itu bangkit dan bertindak balas dengan menjaringkan Lautaro Martinez (45) dan Joaquin Correa (79).

Ini adalah kemenangan pertama Argentina di La Paz dalam 15 tahun. Ini juga merupakan kemenangan kedua Argentina dalam fasa kelayakan setelah menewaskan Ecuador 1-0 sebelum ini.

“Kemenangan besar di dataran tinggi yang sangat penting bagi kami. Masih banyak lagi perlawanan tersisa.”

“Kelayakan baru sahaja bermula dan kami sangat gembira kerana mendapat dua kemenangan ini. #VamosArgentina,” tulis Messi di Instagram.

Penjaring gol Martinez juga menyatakan kegembiraannya.

“Kami tahu apa maksud permainan ini kerana sejarahnya. Kami tidak menafikan bahawa sangat sukar untuk bermain di sini.”

“Saya rasa pasukan ini menunjukkan semangat tinggi dan kepintaran. Kami sangat gembira, ”kata Martinez.

Martinez juga mengakhiri badi penyerang Argentina yang lain selain Messi dalam kempen kelayakan Piala Dunia sejak 2016.

121125294_813010652783114_1552344651781917507_o

Baca juga perkembangan lain

Scholes: “Martial ‘Scam’ Kita Semua Musim Lepas”

Luis Enrique: De Gea Tak Salah!

TERKINI: Cristiano Ronaldo Positif Covid-19, Camavinga Nampaknya Kena Cuci Juga Jersi CR7

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group