Bekas penyerang pasukan Selangor, Bambang Pamungkas mengambil inisiatif tersendiri dalam membantu memerangi penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda Indonesia serta negara lain ketika ini.

Menurut laman media sosial Twitter miliknya, Bambang memutuskan untuk melelong beberapa barang peribadi dan hasil lelongan akan disalurkan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antara barang yang dilelong Bambang ialah kasut yang beliau gunakan ketika Persija menewaskan PSM Makassar pada perlawanan akhir saingan Ligina pada 2001 lalu.

Selain itu, Bambang turut melelong jersi terakhir yang beliau gunakan sebelum bersara bersama pasukan kebangsaan pada 2012 dan pingat semasa Persija memenangi kejohanan Piala Presiden pada 2018.

Menurut Bambang Pamungkas, ketiga-tiga barangan di atas akan dilelong di laman media sosial Instagram Persija Jakarta.

Pemenang Piala Malaysia edisi 2005 itu kini memegang jawatan sebagai pengurus Persija setelah mengambil keputusan bersara daripada dunia bola sepak profesional.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga 1 Indonesia di sini:

Hamka Hamzah Lelang Jersey Kenang-kenangan Dari John Terry

Setelah Madura United, Kini Giliran Persita Tangerang Usul Liga 1 2020 Dihentikan

Penghinaan Terhadap Keluarga Jadi Awal Mula Kasus Saddil Ramdani