Mario Balotelli dan Felipe Melo telah membalas balik kritikan yang disifatkan mereka sebagai busuk daripada Giorgio Chiellini.

Chiellini telah mengutuk Balotteli dab Felipe Melo Secara terbuka. Melabel dua bekas rakan sepasukannya itu sebagai manusia-manusia negatif.

Malah Chiellini menganggap Balotelli layak mendapatkan penampar ketika Piala Konfederasi pada tahun 2013.

Chiellini berkongsi pandangan beliau itu menerusi buku autobiografi terbarunya.

Bintang Brescia, Mario Balotelli telah membalas balik kecaman itu menerusi media sosialnya.

Balotelli berkata: “Sekurang kurangnya aku ada kejujuran dan keberanian bercakap depan depan dengan engkau,” sambil Balotelli mengetag nama Chiellini.

“Sejak 2013, kau ada banyak peluang untuk bertindak lebih sebagai sebagai lelaki sebenar, tapi kau tak buat.”

“Siapa sangka, suatu hari nanti kau akan mengecam pasal rakan sepasukan sendiri.’

“Kapten yang pelik. Jika ini diperlukan untuk menjadi seorang juara, maka saya memilih untuk tidak menjadi juara.”

“Saya tak pernah menghina jersi Azzurri.”

Chiellini, 35, malah lebih brutal di dalam komennya ke atas bekas rakan sepasukan di Juventus, iaitu Felipe Melo.

Melo menyertai seteru Juventus iaitu Inter Milan. Melo pernah bermain untuk Bianconeri dari 2009-2011.

“Namun Felipe Melo lagi teruk. Paling teruk di antara yang paling teruk. Dia sentiasa bergaduh. Saya sendiri diberitahu pengurus bahawa dia adalah epal yang busuk.”

Melo – yang Kini bermain untuk Palmeiras – memberitahu Gazzetta dello Sport: “Menarik juga nak tahu mana satu insiden yang dia maksudkan tu. Saya tak pernah ada masalah untuk memberikan respon kepada beliau.”

“Saya tak pernah biadap dengan sesiapa di Turin [Juve], namun dia kata Balotelli berhak makan penampar. Dan dia kata saya paling teruk di kalangan mereka yang paling teruk.”

“Dia tuduh ada sahaja pergaduhan dicetuskan oleh saya.”

“Saya minta maaf, tetapi, senang nak bercakap buruk tentang orang lain di dalam buku.”

“Mungkin dia masih marah kepada saya pergi ke Galatasaray yang menyingkirkan mereka dari Liga Juara Juara Eropah. Dan saya dengan rakan rakan menewaskan Itali bersama Brazil.”

“Dia tak menang apa apa di peringkat antarabangsa. Dan bercakap perkara seperti ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya dia.”

“Itu menunjukkan dia tak tahu hormati orang lain. Dan saya tak akan cakap lebih.”

“Ada perkara kamu kena cakap di bilik persalinan dan habis di situ.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah:

Sambungan Bundesliga Berdepan Masalah Selepas Satu Skuad Dynamo Dresden Dikuarantin

La Liga Sudah Tetapkan Tarikh Sambung Semula Liga 20 Jun Ini

Arteta: Saya Tak Akan Merayu Orang Datang Ke Arsenal Kerana Ini Kelab Besar