Mario Balotelli dilaporkan telah menimbulkan masalah sekali lagi. Baru baru ini beliau ponteng latihan bersama pasukannya Brescia.

Laporan di Itali menyatakan bahawa Balotteli sudah tak gembira di Brescia dan sudah berlaku beberapa siri perbalahan serta salah faham (miss communication) antara beliau dan kelab.

Minggu lalu Balotelli kembali semula ke pusat latihan. Ia meredakan sedikit spekulasi tentang masa depan beliau di kelab itu.

Namun sesi latihan beliau adalah berasingan. Bersama dengan staf sokongan – bukan dari staf kejurulatihan utama pasukan.

Dilaporkan staf jurulatih tersebut adalah daripada pasukan simpanan/pembangunan kelab.

Pemain lain berlatih seperti biasa dengan pasukan utama.

Balotteli kemudian dilaporkan tidak hadir dan ponteng latihan seterusnya.

Pengurus Brescia, Diego Lopez enggan memberikan komen tentang perkara itu.

Balotteli akan berusia 30 tahun pada Ogos ini. Dan kontrak semasa beliau akan tamat pada 2022.

Tetapi Presiden kelab Brescia, Massimo Cellino sudah memberitahu bahawa Balotelli dibenarkan pergi secara percuma akhir musim ini selepas hanya semusim bersama kelab di kampung halamannya itu.

hi-res-9b03ac1f71bf09f93fc094bbc879deea_crop_north

Cellino juga pernah menyatakan Balotelli sebagai kesilapan kelab untuk mendapatkannya. Kerana Balotelli telah membuatkannya berasa malu.

Balotelli menjaringkan hanya 5 gol daripada 19 aksi Serie A. Dan Brescia kini berada di tangga tercorot Serie A dengan hanya 16 mata.

Baca juga perkembangan lain Eropah

Liga Sepanyol Bakal Bersambung 11 Jun, Menurut Presiden La Liga

Bundesliga: Bayern Jarakkan Diri 7 Mata Dari Borussia Dortmund

Haaland Sudah Tak Sabar Nak Robek Bayern