Bekas pemain antarabangsa Jerman, Michael Ballack menyatakan bahawa, Virgil Van Dijk tidaklah sehebat mana seperti yang dicanang.

Malah beliau menganggap bek tengah Liverpool itu sebagai hanya bernasib baik.

Van Dijk ketika ini dianggap bek tengah terbaik dunia dan juga yang terbaik di Liga Perdana Ingegris.

Beliau memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA musim lalu dan kemudian menjadi Pemain Terbaik UEFA 2019.

vvd

Dua kali Van Dijk berada di 3 calon akhir untuk anugerah berprestij iaitu Ballon d’Or dan juga FIFA Best.

Van Dijk membantu Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah dan membantu negaranya Belanda menjadi naib juara edisi sulung Liga Negara Eropah.

Namun bagi Michael Ballack, bek tengah Liverpool itu hanya bernasib baik kerana pada era beliau tidak ada penyerang yang hebat seperti Drogba, Adebayor, Henry dan lain lain.

Ballack berkata: “Van Dijk sangat bernasib baik kerana bermain pada era yang tiada Drogba, Lampard, Alan Shearer, Henry, Rooney, Van Persie, Tevez, Adebayor dan Diego Costa di Liga Perdana Inggeris.”

“Maka tidak hairanlah mereka merasakan bahawa Van Dijk pemain pertahanan terbaik di dalam Liga.”

Apa pula pandangan anda? Adakah anda bersetuju dengan pandangan Ballack?

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

CEO EPL: Musim Ini Masih Berpotensi Dibatalkan

Zidane Lebih Sukakan Mane Berbanding Mbappe

Arsenal Kena Jual Aubameyang Daripada Pergi Percuma

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group