
Ketibaan penyokong Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno disambut dengan hujan batu dari penyokong Indonesia seperti beberapa maklumat yang kami terima dari mereka yang berada disana.
Saksikan detik-detik penyokong-penyokong Malaysia ketika berjalan masuk ke dalam stadium dan dibaling batu dari atas.
Hati kering je yg awaydays kat jakarta https://t.co/gzBN6zeOdx
— Сайфуллахь камсани (@abdulhakeemxx) September 5, 2019
Dan video ini pula ketika berada dipintu masuk stadium. Turut kedengaran bunyi seperti objek jatuh ke lantai ditujukan kepada penyokong Malaysia.
Huru hara der dgn balingan batu kt gbk skrang 😂😂 pic.twitter.com/7MLCWsszLZ
— موشريف شافيق (@MusyrifSyafiq) September 5, 2019
Ini pula adalah mesej yang disampaikan oleh mereka yang sudah masuk ke dalam stadium yang ‘menasihatkan’ kepada sesiapa yang akan ‘gerak’ bersendirian ke stadium agar melupakan niat itu atas faktor keselamatan.
Selamat kat dalam.
Pesanan dari komrad dah selamat masuk, kalau yang datang kelompok kecik tu elak kan ke stadium gelora bung karno tu.
Apa pon keputusan kami yang tak berkesempatan pergi ni berhutang jasa kalian dari management, pemain dan penyokong.
Respect! 💯 pic.twitter.com/eIeeG1DP6n
— HermyR (@HermyRahim) September 5, 2019
Salah seorang dari penyokong Malaysia yang berada disana menyatakan situasi sebenar mereka ketika bergerak masuk ke stadium dimana hujan batu menyambut mereka.
We just got rain by stones
— Shazwan Wong (@WanShazwan6) September 5, 2019
Ada juga anda yang memaklumkan kepada kami penyokong-penyokong Indonesia seolah-olah menanti ketibaan mereka disertakan dengan provokasi-provokasi keras yang bakal mengundang kecelakaan.
Kemaskini: Video-video yang dikongsikan kepada kami semasa masuk ke Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Sambutan yang diterima fans Malaysia di GBK. pic.twitter.com/WPPFPE86Zx
— VOCKET FC (@vocketfc) September 5, 2019
Lihat bagaimana mereka masuk ke stadium. Macam nak berperang! pic.twitter.com/A2U4Eik4pY
— VOCKET FC (@vocketfc) September 5, 2019
Kapan away? Live from Gelora Bung Karno pic.twitter.com/nvs5OLRo6E
— محمد أمير_00 (@muhammadamir_00) September 5, 2019
Baca artikel lain menjelang pertemuan antara Malaysia dan Indonesia malam ini.
Andik Vermansah Mahu Balas Dendam Kekalahan Skuad U18 Indonesia
Ramalan Susunan Kesebelasan Utama Skuad Indonesia Dan Malaysia
5 Pemain Indonesia Yang Perlu Diwaspadai Oleh Pemain Malaysia
APA KOMEN ANDA?