Gareth Bale mengesahkan bahawa beliau tidak akan ke mana mana pada musim panas ini. Bale sebelum ini menolak untuk berpindah secara tetap ke Spurs.

Di mana pemain itu dengan agak sedikit kontrovers menyatakan dia ke Spurs untuk kecergasan menjelang aksi Euro 2020.

Bale yang sudah beberapa tahu tersisih daripada kesebelasan utama tetap, telah bertekad mahu merampas semula tempatnya dalam skuad Real Madrid.

Sekaligus menafikan laporan beberapa akhbar di Sepanyol yang menyatakan bahawa Bale mahu angkat kaki.

Real Madrid memulakan era baru mereka sekali lagi bersama dengan Carlo Ancelotti. Bale sedia untuk berjuang bagi memenangi hati pengurus Itali itu.

Bale sebelum ini tidak begitu sehaluan dengan Zinedine Zidane. Walaupun Bale seringkali memberikan gol gol penting buat Real Madrid ketika era Zidane.

Gareth Bale mempunyai hubungan yang baik dengan Carlo Ancelotti sebelum ini. Dan pengurus itu sudah menyatakan bahawa dia sedia memberikan peluang kepada semua pemain termasuk Bale untuk membuktikan diri mereka layak menjadi pemain utama.

Bale terus kembali ke Valdebebas sebaik sahaja cuti selepas Euro beliau tamat. Bale sudah tak sabar untuk bergabung semula dengan rakan rakannya di Real Madrid untuk aksi pra musim.

Adakah Gareth Bale akan menjadi pemain utama Real Madrid di bawah Ancelotti selepas ini?

Baca juga artikel

Giggs Nafi Terajang Belakang, Hantuk & Tolak Teman Wanitanya Keluar Hotel Tanpa Pakaian

RASMI: Sancho Bangga Sertai Kelab Yang Dia Cintai

Pemain Everton Desak Kelab Keluarkan Nama Pemain Terkait Kes Gangguan Seksual Kanak Kanak