Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Gareth Bale kini sedang menikmati kempen secara pinjaman di Tottenham. Namun beliau membuat kenyataan yang mengejutkan ramai pihak, apabila secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak mahu kekal di Spurs secara tetap kerana mahu kembali semula ke Real Madrid.

Pemain berusia 31 tahun itu bergabung kembali dengan Tottenham dengan pinjaman sepanjang musim dari Madrid pada September lalu setelah tidak berada dalam perancangan utama di Santiago Bernabeu di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Bale mempunyai masa yang berbeza sejak kembali ke London utara, penyerang itu telah menjaringkan 10 gol dan membantu tiga lagi dalam 25 penampilan.

Namun masa depan beliau di Spurs kembali menjadi tanda tanya selepas beliau disisihkan dalam aksi kemenangan berdepan Aston Villa. Ianya dikaitkan dengan tindakan Bale mempertikaikan formasi Mourinho pada minggu sebelumnya.

Bale masih ada kontrak semusim lagi, selepas tamat musim ini. Dan beliau tidak mahu isu kelab mengganggu tumpuannya untuk tugasan kebangsaan bersama Wales.

“Tidak ada gangguan. Sebab utama saya jelas sekali datang ke Spurs adalah kerana saya mahu bermain di Euro, saya mahu menjadi pemain cergas untuk perlawanan. Rancangan asalnya hanya untuk berada di sini semusim.”

“Selepas Euro, saya mempunyai satu tahun lagi di Real Madrid. Rancangan saya adalah untuk kembali.”

Kenyataan Bale itu jelas sekali mengguris hati peminat Spurs. Di mana pemain itu seolah olah menjadikan Spurs tempat persinggahan dan latihannya sahaja.

bad

Wales akan berdepan dengan Belgium pada Rabu, dan mereka kehilangan Aaron Ramsey, Ben Davies dan Lockyer.

Ini adalah tamparan besar bagi pengurus interim, Rob Page kerana dia sekali lagi mengambil alih tugas Wales dengan ketiadaan Ryan Giggs, yang masih dalam siasatan kerana tuduhan melibatkan serangan fizikal, yang dinafikannya.

“Ini bukan berita baik bagi kami, dua pertahanan kami cedera,” kata Page.

“Kami telah menilai mereka dan mereka tidak berada dalam kondisi yang baik. Ini bukan persiapan yang ideal. Kita harus bertindak balas terhadapnya dan memilih pasukan yang kita fikir akan memenangi perlawanan.”

Page sebelum ini turut mengambil alih tiga perlawanan Wales pada bulan November –¬† mencatatkan seri dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat, diikuti¬† kemenangan dalam aksi Liga Negara Eropah menentang Republik Ireland dan Finland.

Ketua pasukan Wales, Gareth Bale telah menyatakan kekaguman beliau ke atas Page dan berharap isu Ryan Giggs cepat selesai.

“Pagey telah melakukan pekerjaan yang luar biasa. Dia menangani situasi ini dengan sangat baik dan menjaga konsistensi,” kata Bale.

“Tidak ada alasan. Kami mempunyai beberapa hari lagi yang baik dan kami fokus sepenuhnya. Kami sudah bersedia untuk melakukannya.”

Bale menegaskan bahawa beliau cergas walaupun tidak beraksi pada Ahad lalu.

Baca juga artikel:

TERKINI: Xabi Alonso Bukan Pengurus Baharu Gladbach Dan Bukan Calon Utama

Kagum Dengan Kredibiliti Odegaard, Arteta Mahu Pemain Itu Secara Tetap

Dah Tak Gaduh Dah, Ini Sebab Zlatan Menangis Melapor Diri Semula Di Kem Sweden