Kelab Bola Sepak Sarawak United (SUFC) semalam mengumumkan perletakan jawatan ketua jurulatih mereka, B. Satiananthan kerana masalah kesihatan. Satia mengambil alih tugas sebagai pengendali pasukan tersebut pada musim ini selepas jurulatih sebelumnya, E. Elavarasan telah dipilih sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan.

Sarawak kini berada di kedudukan kedua tercorot liga dan baru sahaja mengalami kekalahan memalukan apabila dibantai 0-7 ketika menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Sarawak United FC dengan rasa dukacita mengumumkan pengunduran Ketua Jurulatih, B. Satiananthan atas faktor kesihatan yang beliau hadapi di mana beliau juga memerlukan pemerhatian khusus dan rawatan susulan daripada pakar.

“Pengurusan SUFC mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada B. Satiananthan atas khidmat dan bakti beliau kepada SUFC selama ini,” kata kenyataan rasmi.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

Berdasarkan rekod, Balachandran tidak pernah mengendalikan mana-mana pasukan Liga Super tetapi berpengalaman di pentas antarabangsa ketika berkhidmat dengan pasukan kebangsaan.

Beliau adalah antara watak penting yang membantu ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 pada tahun lepas. Antara pencapaian terbaik beliau ialah membawa skuad Malaysia bawah 16 tahun (B-16) layak ke suku akhir kejohanan AFC B-16 pada tahun 2014.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Pemain Pertahanan Uzbekistan Sah Sertai Sri Pahang

Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang