Baru-baru ini pemerhati bola sepak tempatan menyifatkan saingan Liga Malaysia pada musim 2020 mungkin berlangsung dalam suasana hambar berbanding musim lepas berikutan kekurangan pemain import yang berkualiti untuk bersaing dengan pemain tempatan.

Mengulas mengenai isu tersebut, bekas pemain skuad kebangsaan pada era 80an iaitu Bakri Ibni berkata dalam Arena Metro mencadangkan agar badan pentadbir liga (Malaysian Football League) mengetatkan peraturan mengenai kemasukan pemain import supaya dapat meningkatkan corak permainan Liga Malaysia.

“Saya harap kalau boleh ketatkan sikit peraturan. Letaklah umur pemain pada had 28 tahun saja berbanding sekarang sampai ada yang umur 30 lebih pun main dalam liga kita,” katanya.

Bekas-pemain-kebangsaan-Bakri-Ibni

Bakri Ibni. FOTO: Perak Today

Menurut Bakri, corak permainan beberapa pasukan Liga Malaysia masih di takuk lama kerana gemar menggunakan khidmat pemain import ‘kitar semula’ yang tidak membantu meningkatkan kualiti pemain tempatan.

“Liga M sudah menuju ke arah liga profesional dan mula dilihat oleh mata luar terutama selepas kejayaan JDT (Johor Darul Ta’zim) beraksi di ACL (Liga Juara-Juara Asia) musim ini. Tapi hakikatnya liga kita masih lagi tidak berkembang dari segi tahap permainan kerana kebanyakan pemain import yang ada adalah pemain sama.

“Kita kena ingat, apa objektif sebenar kemasukan pemain import dalam liga kita. Objektifnya adalah membantu meningkatkan kualiti pemain Malaysia sebab itu dibenarkan kehadiran pemain asing.

“Tapi kalau asyik pemain sama saja, macam mana pemain kita nak belajar sesuatu daripada mereka (pemain import). Sepatutnya pemain yang dibawa mestilah berkualiti atau lebih baik daripada pemain sedia ada,” jelasnya.

Saingan Liga Malaysia musim 2020 akan membuka tirainya pada 20 Februari 2020 melibatkan perlawanan Piala Sumbangsih di antara JDT menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia pada musim 2020 melalui pautan dibawah.

Felda United Uji Kekuatan Dalam Piala Gubernur Sumatera Utara Di Indonesia

PJ City Sasar Kelompok Lima Teratas Liga Super 2020

KAFA Lunaskan Tunggakan Gaji Morgaro Gomis

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group