Pemain import Kelantan dari Kyrgyzstan,Bakhtiyar Duyshobekov disahkan akan terus berjuang bersama pasukan Kelantan dalam mengharungi saingan unifi Piala Malaysia 2018 yang akan bermula minggu hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Illias Khan melalui laman sosial Facebook beliau sebentar tadi, dimana Bakhtiyar Duyshobekov yang terpilih mewakili pasukan kebangsaan Kyrguzstan telah memuktamadkan keputusan untuk memberi komitmen kepada Kelantan.

Terima kasih Baktyiar Duishobekov yang sepatutnya mewakili pasukan kebangsaan Kyrgyzstan tetapi memuktamadkan keputusan…

Posted by Bibi Ramjani Ilias Khan on Monday, July 30, 2018

Pasukan Kelantan merupakan pasukan terakhir layak ke saingan unifi Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Pahang 2-1 di Kota Bharu semalam, diundi dalam kumpulan C bersama-sama Johor Darul Ta’zim, Kedah dan MIFA.

Kelantan yang kehilangan khidmat jentera tengah mereka, apabila Nik Akif Syahiran Nik Mat, akan menyertai skuad Malaysia U23 yang akan bertanding dalam acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Bakhtiyar Duyshobekov

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group