Nama Takehiro Tomiyasu mungkin tidak ramai yang kenal sebelum beliau menyertai Bologna dalam saingan Serie A dari kelab Sint Truiden di Belgium. Namun, pemain yang berusia 21 tahun itu sudah mula menjadi perhatian banyak pihak dalam saingan Serie A dan terkini menjadi sasaran utama AC Milan.

Menurut beberapa laporan media Itali dan juga beberapa kemaskini dari laman sosial Twitter, Tomiyasu dikatakan sedang berbincang lanjut dengan AC Milan untuk melengkapkan perpindahan yang dijangka bernilai sekitar €20-€25 juta dalam masa terdekat.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh beliau selain dari ketinggian dan kepantasan, Tomiyasu juga mampu beraksi diposisi pertahanan tengah mahu pun pertahanan kanan yang membolehkan kelab memiliki perancangan dan strategi lebih dinamik.

Hasil dari beberapa pembacaan yang dibuat, permulaan kepada karier bola sepak Tomiyasu ini berpunca dari seorang ketua jurulatih sebuah kelab bola sepak kanak-kanak  dikenali sebagai Sanchiku Kickers di Fukuoka Jepun, yang nampak kelebihan pada pemain itu.

Kisah yang dikongsikan oleh Encik Tsuji Kanji menceritakan bagaimana ketika beliau melawat sebuah rumah untuk bertemu ibu bapa pemain kelabnya telah membongkar bakat yang dimiliki oleh Tomiyasu yang dilihat berlari sangat laju di koridor kondominum dengan teknik yang jarang dimiliki kanak-kanak sebaya pada ketika itu.

“Sehingga kini saya tak pernah tengok gaya larian macam tu. Budak ni macam angin!”

Tomiyasu memiliki 2 orang kakak dan mereka menyertai kelas berenang. Pada ketika itu, Tomiyasu memang mempunyai perancangan untuk mengikuti jejak kaka-kakaknya itu, tetapi disebabkan kecederaan selepas jatuh dari mesin treadmill menjadi punca beliau tidak boleh masuk kedalam air.

Bertitik tolak dari situ, Encik Tsuji Kanji yang kini berusia 67 tahun melalui kenalan telah meminta izin ibu bapa Tomiyasu untuk hadir menyertai Sanchiku Kickers dan selepas itu semuanya adalah sejarah hebat seorang pemain pertahanan Jepun itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Portal Sukan Thailand Dedahkan Ejen Chanathip Songkrasin Hantar ‘Profile’ Ke Elche CF Dalam Saingan La Liga

Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat

4 Perlawanan Terkini Raih 3,648,654 Tontonan Di Platform Youtube, JDT Buktikan Miliki Daya Tarikan Unik