Pasukan pembangunan, Selangor II akan diperkuatkan oleh pemain yang pernah beraksi dalam saingan Bundesliga Jerman, Bajram Nebihi bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim ini.

Baru-baru ini, Bajram diturunkan ketika Selangor tewas kepada pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan persahabatan. Pengendali Red Giants, B.Satianathan menegaskan pemain berusia 31 tahun itu itu bakal menjadi pengganti sementara kepada Rufino Segovia.

“Saya panggil Bajram untuk menyertai pasukan utama bagi melihat sama ada beliau boleh mengisi kekosongan sekiranya Rufino masih belum cergas. Ini adalah kelebihan jika mempunyai pasukan pembangunan.

“Namun, saya perlu menguji beliau dengan lebih lagi,” kata Satia menurut laporan Goal.com.

Bajram Nebihi
Sumber Gambar: Berliner Zeitung

Penjaring terbanyak Liga Super 2018,Rufino ketika ini sedang menjalani pemulihan daripada kecederaan buku lalu yang dialami tahun lalu ketika menewaskan Kuala Lumpur di Stadium KLFA.

Berasal dari Kosovo, Bajram sebelumnya pernah beraksi bersama beberapa kelab Thai League 1 dan beliau sedikit-sebanyak mempunyai pengalaman tentang bola sepak di rantau Asia Tenggara.

Untuk rekod, Bajram Nebihi bakal menjadi satu-satunya pemain import yang digunakan oleh skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Brendan Gan Tidak Suka Dilabelkan Sebagai ‘Pemain Naturalisasi’

Pemain Kacukan, Armin Maier Jalani Ujian Bersama Selangor II

Pemain Kacukan, Quentin Cheng Sertai Pasukan Selangor