Bekas pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Baihakki Khaizan sah akan beraksi bersama sebuah kelab dalam saingan Thai League 2, Udon Thani FC untuk musim 2018.

Baihakki Khaizan sebelum ini diberitakan telah menandatangani kontrak bersama gergasi bola sepak Thailand, Muangthong United, namun disebabkan persaingan yang sengit dalam pasukan tersebut, pihak kelab telah meminjamkan beliau ke Udon Thani FC yang juga merupakan ‘feeder club’ mereka.

Khabar Angin Kembali Ke Singapura Tidak Benar

Walaupun tersebar berita mengenai Baihakki Khaizan telah membatalkan kontraknya bersama Muangthong United kerana dipinjamkan ke Udon Thani FC, namun semua itu telah disahkan tidak benar apabila pihak Udon Thani FC membuat pengesahan bahawa Baihakki secara rasmi menyertai skuad The Orange Giants.

DVRlf2-VQAAnFjL

Baihakki juga sebelum ini dikhabarkan akan beraksi dengan sebuah pasukan divisyen 2 Arab Saudi namun tidak menjadi kenyataan. Selepas itu namanya dikaitkan pula untuk bersama dengan pasukan KLFA dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia tetapi Baihakki telah memilih untuk mencuba nasib bersama Muangthong United.

“Muangthong United merupakan sebuah pasukan gergasi yang penuh dengan kualiti, dan bukan mudah untuk diberi slot kesebelasan utama dengan kerap. Fokus utama saya ketika ini adalah untuk bermain dengan konsisten, jadi apabila saya menerima tawaran Udon Thani, saya membuat keputusan untuk menyertai mereka.”, menurut laman web Football Tribe Malaysia.

“Kerana mereka beroperasi sebagai ‘feeder club’, tidak banyak perbezaan di antara kedua-dua kelab dari segi fasiliti. Kami tetap menggunakan pusat latihan Muangthong dan skuad Udon Thani mengandungi lima bekas bintang skuad kebangsaan Thailand, termasuk Datsakorn Thonglao.”