Pemain pertahanan skuad kebangsaan Singapura, Baihakki Khaizan bakal beraksi bersama kelab Singapore Premier League (SPL), Tampines Rovers secara percuma sehingga penghujung saingan musim 2020.

Baihakki memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau bersama kelab Thai League 1, PT Prachuap meskipun mendapat gaji sebanyak $10 Ribu atau RM30 Ribu sebulan pada April lalu kerana mahu menjaga keluarganya ekoran pandemik Coronavirus (COVID19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Setelah meninggalkan Prachuap, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengikat perjanjian bersama Tampines untuk beraksi secara percuma, dan beliau bakal diberikan kontrak baharu berserta gaji jika beraksi dengan baik pada musim hadapan.

Baihakki Khaizan
Sumber Gambar: PT Prachuap

“Ini bukan satu keputusan yang mudah kerana saya bukan jutawan. Tetapi kebanyakan orang kehilangan pekerjaan kerana pandemik yang berlaku.

“Saya diberikan tawaran lain untuk kekal di Thailand. Tetapi atas faktor keluarga yang memerlukan saya di sata genting seperti ini dan Tampines pula mahu mendapatkan saya, saya membuat keputusan yang betul,” kata Baihakki.

Baihakki Khaizan merupakan salah satu pemain pertahanan Asia Tenggara yang mempunyai pengalaman luas dimana beliau pernah beraksi di Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Baihakki Khaizan
Sumber Gambar: Football Singapore

Tambah Baihakki, beliau menyasarkan untuk memenangi saingan SPL bersama Tampines kerana beliau belum pernah memenangi kejuaraan utama liga bola sepak Singapura itu.

“Saya belum pernah memenangi SPL. Dengan pengendali dan pemain yang bagus, saya tidak sabar untuk kembali beraksi dan memenangi kejuaraan bersama rakan sepasukan yang lain,” tambah pemain yang pernah beraksi bersama Perija Jakarta itu.

Baihakki akan beraksi dengan seorang lagi pemain veteran skuad kebangsaanSingapura iaitu Daniel Bennet. Kedua-dua pemain ini pernah memenangi Piala AFF Suzuki pada 2012 lalu.

Baca artikel lain mengenai Baihakki Khaizan dan pemain Singapura yang lain di sini:

PT Prachuap Tamatkan Kontrak Pemain Pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan

Anak Fandi Ahmad, Irfan Fandi Gembira Andrés Túñez Sertai BG Pathum United

Khairul Amri Bimbang Pemain Muda Singapura Tidak Dapat Tempat Dalam Liga Malaysia