Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Thomas Tuchel sekali lagi melakukan perubahan takatikal pada separuh masa kedua untuk membantu Chelsea menang 3-0 dalam aksi berdepan Tottenham Hotspur.

Sebelum ini Tuchel melakukan pertukaran awal melibatkan Saul Niguez selepas pemain itu gagal memberikan impak secara taktikal.

Dalam aksi berdepan Spurs, Tuchel memasukkan N’golo Kante pada awal separuh masa kedua. Ternyata Kante menjadi gamechanger kepada permainan Chelsea.

Di mana pada separuh masa pertama, Son Heung Min dilihat sangat banyak ruang di tengah dan melepasi zon tengah mereka.

Kemasukan Kante memberikan lebih kestabilan dalam sistem 3-4-2-1 Tuchel dalam perlawanan ini pada separuh masa kedua.

Mason Mount terlalu ofensif dan sangat malas untuk bertahan dalam perlawanan ini. Dan kerapkali melengahkan hantaran kepada Lukaku di hadapan.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Tuchel berkata, beliau melakukan perubahan untuk membentuk pasukan yang lebih bermain sebagai pasukan berbanding dengan menunjukkan skil dan kemahiran individu.

“Nampak seperti kami menukar sistem tetapi sebenarnya kami bermain dengan lebih kepercayaan, lebih bertenaga, lebih kualiti dan lebih tajam.”

“Separuh masa pertama, kami terlalu cuai dan tak tajam. Kami terlalu bergantung kepada permainan setiap individu pada separuh masa pertama.”

“Kami terlupa untuk membawa sikap yang betul serta tenaga yang betul ke dalam permainan kami.”

“Ini harus diubah, jika kamu ada N’golo di bangku simpanan, dan kamu kepada pelanggan seperti ini maka beliau adalah pilihan terbaik untuk dibawa masuk kerana dia pemain unik dan boleh mengubah momentum.”

“Jadi petukaran ini ini berlaku dari segi karakter, lebih bertahan sedikit tetapi kami mahu memperbaiki aspek kepadatan [compactness], memenangi bola serta semangat berpasukan.”

Impak kemasukan Kante sangat cepat dan Chelsea kemudian membunuh Spurs pada separuh masa kedua.

Chelsea menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua menerusi Thiago Silva, N’golo Kante dan juga Antonio Rudiger.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group