Pengambilalihan Newcastle United sudah pun dimeterai secara rasmi. Pengumuman perkara itu sudah pun dibuat.

Walaupun kelab tersebut kini dimiliki oleh pemilik yang sangat kaya raya, namun ia bukan bermakna makan boleh berbelanja sewenang-wenangnya.

Berbeza dengan ketika pengambilan Chelsea oleh Roman Abramovich, dan Man City oleh Sheikh Mansour dahulu, kini Newcastle tuh takluk kepada peraturan kesaksamaan perbelanjaan ataupun Financial Fairplay [FFP].

Peraturan FFP pun digubal selepas pemilikan Man City dalam usaha UEFA mengawal kelab seperti City dan kemudian PSG dalam perbelanjaan yang terlalu besar hanya kerana mereka ada pemilik kaya raya.

Jadi, Newcastle kini akan mematuhi peraturan itu. Dan difahamkan akaun kewangan FFP Newcastle berada dalam paras yang sangat sehat dan mereka tidak ada hutang yang membebankan akaun FFP mereka.

Harus diakui bahawa sikap kedekut Mike Ashley di mata penyokong Newcastle sebenarnya membantu kelab kini memiliki akaun FFP yang sangat baik.

Mike Ashley dikenali dengan sikap suka campur tangan dalam mendesak pengurus menjual pemain yang dilihat ada nilai pasaran dan cuba mengelakkan pemain itu daripada pergi percuma.

Oleh sebab itu dalam jendrla perpindahan akan datang, di bawah pemilik baru, mereka boleh berbelanja sehingga £200 juta pada satu jendela perpindahan akan datang tanpa melanggar FFP.

Angka ini akan lebih besar jika mereka menjual atau melepaskan beberapa pemain dalam jendela tersebut.

Selain itu Newcastle mungkin akan menggunakan sistem pinjaman pemain dengan bayaran ansuran. Seperti mana PSG membeli Neymar dan Mbappe dalam satu jendela yang sama dahulu.

Di mana Mbappe dipinjam penuh pada musim pertama dan mulai dibayar pada musim berikutnya dan seterusnya sehingga mencapai €180 juta.