Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Serie A sebelum ini berusaha keras untuk memastikan liga mereka ada nilai lebih tinggi di mata penyiar.

Beberapa musim sebelum ini Serie A berdepan dengan kekangan bersaing dengan kelab lain dari England dan Sepanyol di pentas Eropah kerana kekangan dana.

Di mana mereka terikat dengan peraturan Financial Fair Play. Salah satu halangan mereka untuk membeli pemain berkelas dunia adalah kerana pendapatan kelab mereka lebih rendah.

Dan hak penyiaran merupakan entiti utama yang menyumbang kepada pendapatan ini.

Terbaru, laporan Calcio Mercato melaporkan bahawa Serie A menjadi rebutan 3 badan penyiar utama iaitu Amazon Prime, Sky Sports dan DAZN.

DAZN tawar harga tertinggi

Paling menarik DAZN menawarkan €850 juta semusim untuk penggal 2021-2024.

Portal berita digital Sky sendiri melaporkan bahawa DAZN sudah memennangi hak utama sebagai badan penyiar untuk Serie A menewaskan pencabar utama mereka yang juga pilihan utama iaitu Sky Sports.

Agensi melaporkan bahawa DAZN akan menjadi pemilik utama hak penyiaran Liga Itali termasuk penyiaran menerusi aplikasi atas talian. Pada hari pertama DAZN mengemukakan tawaran, sebanyak 11 kelab sudah bersetuju. Dan peraturan Serie A memerlukan mandat 14 kelab liga utama untuk mengesahkannya.

Sky juga dikatakan menawarkan €750 juta semusim kepada Serie A untuk menggunakan pelbagai platformnya menayangkan Seri A.

Walaubagaimanapun Serie A mahu mencari peningkatan lebih 18% daripada hak penyiaran semasa kerana liga mereka perlu membantu kelab kelab mereka dari segi kewangan.

Malah Serie A meletakkan sasaran untuk mendapatkan hak penyiaran minimum €1.15 billion semusim. Walaupun tawaran DAZN tidak sebanyak itu, tetapi Serie A cuma perlu mencari sekitar €300 juta sahaja lagi untuk mencapai KPI itu.

Kesatuan rakan kongsi Serie A

Kejayaan ini pastinya kerana kepimpinan CEO Serie A iaitu Luigi De Siervo yang membentuk pasukan yang sangat cekap dalam mencari penyiar.

Ada juga beberapa faktor yang dijadikan mereka sebagai selling factor.

Antaranya peningkatan kualiti persaingan Serie A. Seterusnya kebangkitan gergasi seperti AC Milan dan Inter Milan dalam persaingan Serie A selain daripada Juventus.

AC Milan dan Inter antara kelab Itali yang memiliki ramai peminat di luar Itali. Bukan itu sahaja, populariti pemain pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Romelu Lukaku dan ramai lagi juga membuatkan Serie A semakin bernilai di mata penyiar.

Rakan kongsi dalam Serie A sangat bersatu hati dalam membantu usaha ini. Mereka dilaporkan cuba sedaya upaya memainkan peranan mereka untuk menjadikan Serie A lebih menarik.

Setiap pasukan lebih aktif menggunakan media sosial untuk mengemaskini info terbaru dan pemain pemain yang memiliki ramai pengikut.

Ramai berpuas hati

Andrea Agnelli dan Urbano Cairo antara pegawai yang sangat berpuas hati dengan perkembangan terkini melibatkan hak penyiaran domestik.

Di mana Lega Serie A juga masih dalam rundingan untuk menjual hak penyiaran menerusi penstriman atas talian yang bakal menyaksikan jaminan bahawa 7 daripada 10 perlawanan ditayangkan atas talian setiap minggu bermula musim hadapan.

Namun masih ada juga rakan kongsi dalam Serie A masih berpihak kepada Sky.

Agnelli memberitahu Corriere Della Sera: “Kita dapa keputusan yang sangat bagus. Tiada liga lain boleh berunding sebaik yang kita lakukan pada masa ini. Kita juga kena berhati hati agar tidak terlepas angka angka tersebut.”

Presiden Torino, Urbano Cairo berkata: “Saya rasa kita semua telah melakukan tugas dengan baik. Tawaran dari DAZN harus diteliti sebaiknya.”

Perjanjian semasa adalah milik DAZN dan Sky berkongsi hak penyiaran 3 tahun dengan nilai tajaan sebanyak €973 semusim.

Dengan tawaran €850 juta daripada DAZN, Serie A yakin mereka akan dapat mencapai sasaran €1.15 billion dengan menunggu tawaran daripada Sky untuk penyiaran beberapa perlawanan terpilih.

Namun begitu Sky masih belum mendapatkan hak penyiaran  untuk musim hadapan. Tetapi Sky merupakan badan penyiar rasmi untuk siara UCL di Itali.

Dalam kontrak semasa, Sky akan menayangkan  121 daripada 137 perlawanan semusim dan keseluruhan 282 perlawanan dari UCL dan UEL.

Baki 16 perlawanan UCL lagi adalah milik Amazon yang menayangkannya menerusi platform streaming mereka.

Buat masa ini, perjanjian Sky dengan UEFA masih belum didedahkan, dengan Reuters melaporkan pada Oktober bahawa Amazon membida sekitar €80 – €90 juta untuk memenangi hak penyiaran tersebut.

Baca juga perkembangan lain

Menang Ke Atas Newcastle, Tuchel Sahkan Penjaga Nombor 1 Chelsea

EPL: Hatrik Aubameyang Hiasai Kemenangan Arsenal Ke Atas Leeds

Maguire Persoal Kredibiliti Pengadil Dan VAR

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group