Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menghamburkan pujian kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas berani membuat keputusan meletakkan tiga pengadil dari Jepun di pentas Shopee Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Jelas Baddrol, dia optimis kehadiran pegawai pertandingan daripada negara Asia itu bukan sahaja membuka mata ramai pihak sebaliknya turut mengajar pemain-pemain khususnya pemain dari Kedah dan Perak.

Kedah

Sumber Gambar: Kedah FA

Sabtu lalu, Kedah dinobatkan sebagai juara baharu Shopee Piala FA 2019 selepas menewaskan Kedah hasil jaringan tunggal pemain muda, Fazrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105.

Di sebalik kemenangan skuad Helang Merah tersebut, pemerhati bola sepak turut memuji persembahan pengadil utama, Tukato Okabe yang turut dibantu dua penjaga garisan, Yagi Akane dan Nomura Osamu boleh dianggap cemerlang sepanjang perlawanan.

Ketika ditanya pengalaman bermain dengan kelibat pengadil asing buat julung kali, Baddrol mengakui ketenangan Okabe dalam menilai setiap insiden membuatkannya semakin teruja untuk beraksi dengan lebih baik.

Baddrol Bakhtiar

Sumber Gambar: MFL

“Saya mahu memuji (prestasi) pengadil malam ini (semalam) kerana beliau begitu pandai mengendalikan perlawanan.

“Apa yang pasti, pemain-pemain Kedah dan Perak sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu daripara beliau,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Kedah, Aidil Sharin turut senada dengan Baddrol, memberitahu kecemerlangan Okabe mengendali aksi final Shopee Piala FA 2019 menjadikan suasana perlawanan akhir dengan lebih baik.

Aidil Sharin

“Saya fikir (Okabe) sangat adil dan sangat tegas dalam membuat keputusan.

“Saya menganggap beliau telah melakukan kerja yang sangat baik sepanjang 120 minit di mana ada beberapa situasi beliau tidak meniupkan wisel dan meneruskan permainan.

“Ia adalah bagus untuk kelancaran dan momentum permainan final pada malam ini (semalam) dan kesemua berpuas hati melihat apa yang berlaku,” ujarnya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group