Pemain tengah skuad kebangsaan, Baddrol Bakhtiar merasakan tiada yang mustahil buat skuad negara untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2020 dimana kempen tersebut bakal membuka tirainya pada 5 Disember nanti.

Menurut sumber Bernama, tonggak berpengalaman berusia 33 tahun itu turut melihat barisan pemain yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe pada kali ini merupakan barisan terbaik dalam kancah bola sepak tempatan.

Meskipun Cheng Hoe tidak menamakan beberapa pemain utama dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), skuad kebangsaan masih dapat menagih sentuhan nama besar seperti Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh, Rizal Ghazali serta kehadiran semula Shahrul Mohd Saad dan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.

“Saya melihat panggilan kali ini, senarai pemain yang dipanggil memang persaingannya begitu sengit. Bagi saya untuk berada dalam senarai akhir atau skuad utama pun akan berlaku saingan sengit.’

“Bagi saya skuad kali ini adalah skuad terbaik dan sesiapa yang dipanggil ke skuad kebangsaan merupakan pemain terbaik di Liga-M (Malaysia) ketika ini.”

“Sasaran saya adalah untuk menjaringkan gol dan bagi sebaik mungkin kepada pasukan. Tetapi yang penting sekali kami perlu menang satu-sati perlawanan dan layak ke separuh akhir.”

“InsyaAllah kalau rezeki ada pada Malaysia tak mustahil kita ke final,” tambah Baddrol Bakhtiar lagi bercakap kepada Bernama.

Edisi kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B untuk bersama-sama juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Empat perlawanan awal skuad negara akan beraksi di Stadium Bishan manakala aksi terakhir bertemu Indonesia dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Kallang.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Dion Cools, Shahrul Saad Kembali Perkuatkan Skuad Kebangsaan

Penyokong Kecam Alasan Mengapa Arif Aiman Tidak Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan

Luqman Hakim Dan Arif Aiman Wajar Diberikan Peluang Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

Sumber