Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Saingan Liga Super musim 2021 telah melabuhkan tirai dimana Johor Darul Ta’zim (JDT) ditabal sebagai juara manakala Kedah Darul Aman (KDA) menduduki tangga kedua sekaligus bakal beraksi dalam saingan Piala AFC musim hadapan.

Selain mengesahkan kemaraan ke saingan peringkat Asia musim hadapan, Kedah turut menyaksikan salah seorang pemain mereka, Baddrol Bakhtiar berjaya menjadi penjaring terbanyak di kalangan pemain tempatan dengan kutipan 7 gol.

Baddrol Bakhtiar memperoleh gol ketujuh beliau ketika Kedah turun menentang Melaka United yang berkesudahan dengan kemenangan milik Kedah apabila menjaringkan empat gol menerusi Kipre (24,31), Baddrol (67) dan Fayadh Zulkifli (69).

Selain Kipre Tchetche (10 gol) dan Kpah Sherman (13 gol), Baddrol menjadi salah seorang penyumbang jaringan bagi Kedah musim ini sekaligus membolehkan mereka menamatkan saingan liga di tangga kedua di hadapan Penang dan Terengganu.

Pemain yang mesra dengan sapaan Bad itu menyamai catatan yang dilakukan oleh pemain sayap JDT iaitu Safawi Rasid musim lalu dimana beliau turut menjaringkan tujuh gol.

Musim ini, Kedah sepatutnya beraksi dalam saingan Piala AFC bersama Terengganu namun hasrat kedua-dua pasukan tidak kesampaian apabila saingan Zon Asean dibatalkan ekoran masalah tuan rumah.

Musim hadapan, skuad bimbingan Aidil Sharin itu sekali lagi mempunyai peluang untuk beraksi di pentas Asia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

E.Elavarasan Anggap Pengadil Gagal Kawal Permainan Dengan Baik

Insiden Pergaduhan Cemari Perlawanan Sarawak United Menentang Negeri Sembilan

RASMI: Ong Kim Swee Letak Jawatan Pengarah Teknikal FAM, Bakal Kemudi Pasukan Sabah FC

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group