Baru-baru ini skuad Harimau Malaya dihujani dengan pelbagai kecaman serta kritikan pedas di media sosial gara-gara kerana kekalahan tipis 0-1 kepada Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sehingga memusnahkan harapan untuk mengutip tiga mata penuh.

Malah, terdapat segelintir penyokong bola sepak tempatan mendesak agar pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe letak jawatan dengan segera kerana masih bergantung kepada khidmat penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat gagal mempamerkan prestasi cemerlang.

Mengulas mengenai isu tersebut, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Satianathan menganggap penyokong itu tidak tahu menilai hasil kerja Tan Cheng Hoe sebaliknya hanya tahu mengkritik sahaja.

“Yang minta Cheng Hoe letak jawatan ini dia duduk planet lain dan tak tahu pasal bola sepak. Saya sedih dalam zaman moden macam ini masih ada rakyat Malaysia yang berfikiran seperti ini. Mungkin mereka tak ada kerja selain mengkiritik orang sahaja.

“Takkan lah sebab kita kalah kepada Vietnam yang memang bagus dan bermain pula di tempat mereka, ia dijadikan alasan untuk pecat Cheng Hoe. Kalau pecat Cheng Hoe, kita nak bawa siapa? Tengok pasukan Indonesia bawak mat saleh (Simon McMenemy) jadi jurulatih, pasukan mereka tak ke mana juga.

“Tengok juga pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pakai Van Marwijk sebagai jurulatih yang pernah bawa skuad Belanda ke final Piala Dunia 2010, tetapi datang Malaysia susah juga nak menang dengan pasukan negara. Jangan jadi penyokong yang tak cerdik,” katanya kepada Sinar Harian.

Tan Cheng

FOTO: Stadium Astro

Malaysia setakat ini mengalami dua kekalahan selepas mengharungi tiga perlawanan. Cheng Hoe juga kemungkinan akan mengekalkan barisan yang sama bagi menghadapi Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan November depan.

“Kita masih ada lima perlawanan lagi dengan tiga perlawanan bermain di tempat sendiri. Saya yakin mereka boleh menang. Tetapi janganlah penyokong nak Malaysia jadi juara kumpulan. Realistik lah sikit.

“Bagi saya, sekarang ini mereka sedang membina pasukan dan nampak perkembangan mereka semua. Kalau dulu pasukan hebat macam Vietnam dan UAE kalau jumpa kita, mereka macam tak kisah. Sekarang mereka pun risau dengan kemampuan kita.

“Ranking pasukan negara pun dah naik. Kalau orang tak boleh terima kenyataan dan tak ada dalam bidang bola sepak ini, jangan pandai-pandai nak bersuara,” tegasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Indonesia Bawa Masuk Pemain Naturalisasi Baharu, Otavio Dutra

Tan Cheng Hoe Terbang Ke Bangkok Intip Kekuatan Thailand

Malaysia Hilang 7.63 Mata FIFA Ranking Selepas Tumpas Kepada Vietnam

4 KOMEN
  • jurulatih sebenar

    cheng ho memang bodo patut letak jawatan…bukan sb apa mat yo tu spatutnya buang je la tak payah nak kasi masuk pemain sampah mcm mat yo tu..dah la tak serasi ngn pemain lain..buat menyemak je..pasukan malaysia ni pn ego tak bertempat semua pemain nak jaringkan gol xda kerjasama..kalau mat yo masih bermain cheng ho patu letak jawatan la..jgn jd bodo cheng ho..cukupla buang mat yo malaysia akan menang kalau mat yo dbuang dgn segera

    • mr beancurd

      kamu lah bodo. kalau pandai kamu lah jadi jurulatih.

  • Um

    Tch elok out ja mcm xda idea dh aku tgok..msa lwn vietnam bhgian tgh x hidup apa tindakan tch??smpai minit akhir msih pkai org yg sma ..apa pnya jurulatih lah aku pn x thu…penyerang mmg dh smua sdia maklum kita x ada rmai…tpi bhgian tngah ada msih rmai yg bgus2…plan A xlih pkai guna lah plan B ….ke mmg xda plan langsung

  • DindaCruZ

    Kita x de player yg boleh control sambil speeding…tu je kelamahan kita…kalau boleh control tapi speed tak de buat apa…game vietnam player senang2 je hilang bola sbb player vietnam lebih cepat utk turn dan rampas bola bila player2 kita cuba melepasi diorg..tgk la masa dulu2 kita juara sbb safee sali ngan mat yo mmg ada speeding time tu…skrg nmpk player yg mcm tu cuma luqman bahagian depan dan sorg lg ajmal punya kicking dan kreativiti je…tp diorg x nak guna…nk simpan utk bila tu x pasti la..bg aku rugi je la sbb tgh perform x nak ambik…bila dah cedera bagai…mula nak menyesal nape x guna dulu..

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group