Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan tidak memandangkan rendah keupayaan Persib Bandung apabila dua pasukan ini akan bertembung dalam kejohanan Asia Challenge Cup 2020 malam ini.

Persib Bandung yang dibimbing oleh bekas pengendali Sarawak dan Kedah, Robert Alberts dikhabarkan tidak membawa pemain bintang mereka dan Satia melihat pemain sedia ada mampu untuk memberikan cabaran getir bagi anak-anak buahnya.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

“Ini adalah peluang yang bagus untuk pasukan membuat persediaan sebelum liga yang besar bermula.

“Ia juga memberi peluang kepada peminat untuk melihat semua pemain baharu, justeru jangkaan mereka sangat tinggi.

“Saya harap ia tidak terlalu tinggi kerana semua pihak harus faham bahawa kami masih di peringkat pramusim,” kata B.Satianathan ketika sidang media kejohanan ACC 2020.

Turut hadir dalam sidang media semalam ialah ketua jurulatih Bangkok United, Alexandre Polking dan pengendali Hanoi FC, Chu Dinh Nghiem.

Pada perlawanan hari pertama, Bangkok United terlebih dahulu turun menentang Hanoi FC pada jam 5 petang diikuti dengan perlawanan antara Selangor menentang Persib Bandung yang dijadualkan bermula pada jam 8:45 malam.

Baca artikel lain mengenai kejohanan Asia Challenge Cup 2020 di sini:

Persib Bandung Bakal Gunakan Pemain Simpanan Hadapi Asia Challenge Cup

Seri Dengan Selangor, Hanoi FC Sudah Sedia Hadapi Asia Challenge Cup 2020