Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan menegaskan beliau sudah mempunyai calon bagi menggantikan Nor Hakim Hassan yang bakal terlepas aksi Liga Malaysia musim 2020.

Hakim mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan perkara ini memaksa Satia untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Menurut Satia, perkara ini bukanlah mudah kerana sukar untuk mendapatkan pemain berkualiti bagi ketika pasukan lain sedang giat melakukan persiapan.

Kecederaan
Sumber Gambar: FA Selangor

“Saya ada dua atau tiga calon pemain lagi (yang sedang dalam pertimbangan).

“Saya dah tahu latar belakang dan pernah bekerjasama dengan mereka, cuma saya ingin tahu kedudukan mereka,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan pihaknya mengutamakan pemain dari Selangor II bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hakim dan juga Rufino Segovia.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

Satia berharap pemain muda dari skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu dapat memanfaatkan peluang sekiranya diberi tugasan untuk beraksi bersama pasukan utama.

“Saya harap pemain muda boleh mengambil tempatnya dan saya juga meminta daripada pihak pengurusan supaya membawa masuk seorang lagi pemain,” ujarnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Penyerang Import Selangor, Ifedayo Olusegun Akui Rindu Beraksi Di Pentas Asia

Luqman Hakim Akan Terus Berlatih Bersama Pasukan Selangor

FAS Utamakan Pemain Selangor II Bagi Gantikan Rufino Segovia Dan Nor Hakim Hassan