Meskipun tewas pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 semalam, namun pengendali pasukan Selangor, B.Satianathan berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh pemain sepanjang perlawanan.

Skuad Red Giants tewas dengan keputusan 2-1 pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam. Satia menegaskan keputusan tersebut tidak merisaukan beliau dan optimis Selangor akan bangkit di laman sendiri pada perlawanan kedua.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

“Secara keseluruhannya saya mengucapkan tahniah kepada pemain saya. Walaupun terdapat kelemahan pada aksi babak pertama tetapi pada babak kedua pemain memberi tentangan sengit dan mengimbangi kekuatan JDT.

“Kita juga berpeluang menjaringkan gol. Saya hormati JDT kerana mereka pasukan yang baik, namum kita ada 90 minit lagi dan jika anda tanya saya beraksi di tempat sendiri atau lawan, ia sebenarnya sama saja. Harap ia berpihak kepada Selangor,” kata B.Satianathan menurut laloran Berita Harian.

Syafiq Ahmad terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-14 sebelum penyerang import Selangor, Ifedayo Olesegun menyamakan kedudukan pada minit ke-14.

Pada babak kedua, JDT memperoleh gol kedua menerusi percubaan Leandro Velazquez dan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Satia menambah pasukannya perlu berhati-hati ketika berdepan JDT pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

“Apa pun kami harus lebih berhati-hati apabila beraksi di Shah Alam kerana JDT adalah pasukan hebat yang banyak menjaringkan gol,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Taylor Regan Mahu Ulang Pencapaian Robert Cornthwaite Julang Piala Malaysia Untuk Selangor

Khyril Muhymeen: Fokus Saya Sekarang Untuk Selangor