Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan optimis skuad bimbingannya akan tampil lebih baik dan garang pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Selangor menamatkan saingan musim 2018 tanpa sebarang piala setelah mereka tewas pada peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia namun Satia berpendapat prestasi yang ditampilkan oleh pasukan musim ini sudah cukup membanggakan.

B.Satianathan
Sathia mengkritik pemilihan pemain skuad B-19 tahun negara
Sumber Gambar: Fox Sport Asia

“”Proses pembangunan memerlukan masa dan bagi memastikan projek ini berjalan lancar, kami akan mendapatkan pemain yang lebih baik dan dalam masa sama meningkatkan lagi kemampuan pemain sedia ada.

“Inilah yang akan kami lakukan pada musim hadapan dan saya yakin kami akan jadi lebih baik. Sama juga dengan pengalaman saya ketika mengendalikan pasukan Kelantan sebelum ini di mana tahun pertama tidak begitu baik namun kami berjaya tampil konsisten pada tahun seterusnya,” kata B.Satianathan pada sidang media selepas perlawanan menentang JDT Sabtu lalu.

Pada masa yang sama, Satia menegaskan jika Selangor mahu menjadi pencabar utama kepada Johor Darul Ta’zim, banyak yang perlu dilakukan memandangkan pasukan itu memegang takhta sebagai pasukan terbaik dalam negara ketika ini.

B.Satianathan
Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Selangor, B. Sathianathan ketika mengendalikan latihan pasukannya persiapan menjelang Liga Super 2019 di Padang SUK. STR/OWEE AH CHUN.

“Banyak yang perlu kami lakukan sekiranya mahu menjadi pencabar utama kepada JDT dan ianya bukan satu tugas yabg mudah.

“Apa yang pasti, saya berbangga dengan pemain saya kerana kami sudah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian Liga Super dan Piala Malaysia berbanding musim lalu,” ujarnya.

Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, saingan Piala FA di pusingan ketiga dan yang terbaru saingan Piala Malaysia di peringkat separuh akhir.

Baca artikel lain mengenai B.Satianathan di sini:

Jurang Pemain Kedua-Dua Pasukan Menjadi Perbezaan

B.Satianathan: Yang Minta Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Ini Mungkin Duduk Planet Lain