Perang dingin antara bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim dan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, B.Satianathan nyata masih belum menemui titik noktah hingga saat ini.

Baru-baru ini, menerusi laporan La Bola Malaya, Satia “menembak” Teong Kim dengan menegaskan bekas jurulatih skuad muda Bayern Munich itu tidak membawa pelatih NFDP yang mempunyai potensi untuk beraksi di Jerman atau negara lain.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

“Jadi kalau dia (Lim Teong Kim) kata budak
NFDP ni bagus sangat, mengapa dia tak
bawa ke Jerman? Mengapa budak-budak
NFDP tak cukup bagus ke nak pergi main di
Divisyen Dua, Divisyen Tiga Jerman. Lim Teong Kim kan sangat masyhur di Jerman,
ada nama besar, pengaruh besar, takkan
tak ada connection?

“Kalau dia nampak budak-budak NFDP ni
betul-betul bagus di mata dia, sudah tentu
dia tahu mereka boleh main kat Eropah
atau tidak. Mengapa dia tak bantu? Kalau
dia fikir budak tu bagus, mesti dia bawak
punyalah ke Jerman, atau ke mana-mana
sahaja,” kata B.Satianathan.

Sebelum ini, Teong Kim melabel Satia yang mengkritik program NFDP sebagai seorang yang tidak memahami sistem pembangunan bola sepak di Malaysia.

B.Satianathan
Lim Teong Kim

“Jadi, dia sebenarnya tidak faham dengan sistem pembangunan bola sepak negara. Ini bukan salah faham, tapi ini bodoh sombong. Apa yang dikritik, inilah salah satu daripadanya.

“Kita ada akademi tunas, kita ada AMD, setiap umur pemain ada liga, kita ada struktur pembangunan dan kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan. Ini semua hanya alasan, bukan tak ada buku boleh baca, boleh belajar.

“Saya tak perlukan publisiti, tapi bila ada yang berikan maklumat salah kepada peminat mengenai NFDP, ini tidak wajar,” katanya.

Lim Teong Kim turut mempersoalkan kenapa Satia mahu menggunakan kaedah lama bagi program pembangunan akar umbi di setiap negeri bagi menggantikan kaedah sedia ada.

“Zaman dahulu itu, beritahu saya, apa yang mereka dah menang? Kalau tak menang, apa yang kamu nak banggakan?

“Saya tidak mahu menghina mana-mana pihak, tetapi ini adalah fakta. Sesiapa yang main dengan skuad kebangsaan, perlu ada keistimewaannya,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Kopa Arena Kongsi Status Terkini Proses Pembelian Saham Perak

Safee Sali: “Nilailah Kami Sebagai Aset Pasukan, Bukan Barang Dagangan Sesuka Hati Dibuang Pakai.”

Harimau Malaya Hanya Ada Tiga Hari Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020