Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk mengekalkan khidmat B.Satianathan sebagai ketua jurulatih pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

FAS mengambil keputusan sedemikian dimana mereka berpendapat skuad Red Giants menampilkan persembahan memberangsangkan dengan menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga dan mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia musim ini.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata Satia telah melakukan tugasan dengan baik memandangkan pasukan itu berada di bawah kepimpinan baharu serta tidak berbelanja besar seperti pasukan lain musim ini.

B.Satianathan
Dr Johan Kamal Hamidon

“Serangan kita sudah bagus, kita bermasalah di pertahanan jadi Coach Sathia tahu apa yang perlu beliau lakukan. Kami juga sudah mengenal pasti pemain yang akan dibawa masuk samaada import atau tempatan. Mungkin satu atau dua sahaja.

“Kami telah membuat kerja sejak dua bulan lalu dan menandatangani (semula) tiga ke empat pemain untuk tahun depan, secara amnya, pasukan Selangor sudah bersedia untuk musim depan.” kata Johan menurut laporan Stadium Astro.

B.Satianathan
Sumber Gambar: MFL

Masa depan B.Satianathan bersama Selangor menjadi tanda tanya selepas pasukan itu terkeluar daripada saingan Piala Malaysia dimana mereka tewas kepada Johor Darul Ta’zim di peringkat separuh akhir.

Terdapat khabar angin bahawa Satia wajib memenangi Piala Malaysia bagi memastikan beliau kekal sebagai pengendali pasukan musim hadapan. Namun, pengesahan daripada Dr Johan menepis segala dakwaan yang dilontarkan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor yang telah kami sediakan di sini:

B.Satianathan Optimis Selangor Tampil Lebih Baik Musim Hadapan

Khyril Muhymeen: Fokus Saya Sekarang Untuk Selangor

PKNS FC Jadi ‘Feeder Club’ Kepada Selangor