Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan dalam satu kenyataan kepada BERNAMA, menjelaskan bahawa pemain-pemain muda yang kini menganggotai skuad The Red Warriors itu mampu membawa mereka kembali ke kancah Liga Super.

Menurut beliau, selepas perlawanan pra-musim diantara Kelantan bertemu Selangor di Kota Bharu semalam, pemain muda Kelantan mempamerkan kualiti yang tinggi, setaraf dengan pemain senior yang kini sedang beraksi dalam saingan Liga Super.

“Malam tadi mereka banyak menguasai bola, mencipta peluang dan memberikan banyak masalah kepada saya, namun nasib masih tidak menyebelahi mereka.

“Kelantan sudah mempunyai pemain tempatan yang bagus, namun mereka perlu mendapatkan pemain import yang lebih berkualiti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah berkata beliau agak gusar dengan pasukannya kerana masih belum menemukan pemain yang mampu bergandingan dengan penyerang untuk mencari jaringan kepada pasukan Kelantan dalam perlawanan Liga Premier musim ini.

Beliau berkata hanya mempunyai tempoh sekitar 2 minggu lagi sebelum sepak mula untuk mencari kesesuaian membentuk pasukan yang mantap menjelang perlawanan pertama Liga Premier pada 29 Febuari 2020.

“Penyerang import yang diuji dilihat masih tidak membawa sesuatu kelainan dengan pemain tempatan  sedia ada.

“Beberapa perlawanan persahabataan sebelum ini pasukan mempunyai kelemahan pada posisi serangan, apabila pasukan mencipta banyak peluang, tetapi gagal disudahkan,” katanya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pemain Pertahanan Juara AFC Cup 2019, Khalil Khamis Sertai Pasukan Pahang FA Musim 2020

Perak FA ‘Panik’ Pembekal Jersi Bermasalah, Pihak Pengurusan ‘Kalut’ Cari Penyelesaian Menjelang Sepak Mula

Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC Champions League Kecuali..

Sumber