Pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin mahu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terhidang bagi membantu pasukan negara untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia menentang Vietnam.

Menurut Azzizan, beliau terkejut sekaligus tidak menyangka namanya dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe bagi menggantikan Nor Azam Azih yang mengalami kecederaan.

Azzizan
Sumber Gambar: Sabah FA

“Memang terkejut kerana tiba-tiba dipanggil semula dan pada masa sama, saya juga gembira kerana menyarung jersi Malaysia sentiasa menjadi impian saya.

“Saya mahu diberikan peluang untuk membantu pasukan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia.

“Saya akan terus berusaha dan peluang kedua ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Azzizan
Azzizan Nordin

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu pernah dipanggil bagi memperkuatkan pasukan negara menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2018. Namun, namanya tidak tersenarai dalam skuad akhir yang dibawa.

Kali ini, watak penting Sabah dalam memenangi Liga Perdana musim ini mempunyai peluang untuk membuktikan bahawa beliau layak untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Baca artikel penuh mengenai Azzizan Nordin di sini:

Tan Cheng Hoe Panggil Azzizan Nordin Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya