Pemain Malaysia yang kini beraksi secara pinjaman bersama Azul Claro Numazu dalam saingan J3 League, Hadi Fayyadh mengalami kecederaan ACL mengikut maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Maklumat dari laman web rasmi kelab serta J.League itu memberitahu bahawa Hadi Fayyadh mengalami kecederaan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac 2021 yang lalu  ketika menjalani sesi latihan.

Menurut maklumat rasmi itu juga, Hadi Fayyadh akan menjalani pembedahan sebelum dihantar pulang ke Fagiano Okayama untuk meneruskan rawatan lanjut termasuk proses rehabilitation.

hadi

Dalam kenyataan Azul Claro Numazu diatas juga, tarikh pembedahan akan ditentukan dan maklumat lanjut berkaitan akan diumumkan selepas selesai pembedahan dilakukan.

Berita ini telah disiarkan secara rasmi melalui laman web rasmi kelab dan J.League pada 10 April 2021, dan ini memberikan gambaran bahawa kita mungkin tidak dapat menyaksikan aksi pemain harapan Malaysia di Jepun itu untuk melakukan debut dalam saingan J.League musim ini.

Sama-sama kita doakan semoga Hadi Fayyadh terus kental menghadapi dugaan kecederaan ACL dan kembali lebih kuat selepas ini.

Teruskan membaca 3 artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

RASMI: Pemain Kacukan Bangladesh Berusia 16 Tahun Dinaikkan Ke Pasukan Utama, Tersenarai Dalam Skuad U17 Jepun

Stadium Sultan Ibrahim Jadi Venue Spartan Stadion, Kukuhkan Lagi Reputasi JDT Diperingkat Dunia

Thailand Panggil Pemain Leicester City Sertai Kem Latihan, Akira Nishino Mahu Perhati Lebih Dekat