Penyokong skuad Hoben Jang Hoben telah membuat keputusan untuk memilih logo rekaan saudara Azral Ramlay sebagai pemenang utama pertandingan rekacipta logo baharu Negeri Sembilan FC yang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.

Melalui pengumuman di laman facebook Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) semalam, logo tersebut menerima undian sebanyak 4.5 likes selepas dipamerkan kepada para penyokong dan bakal digunakan sebagai logo rasmi pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebanyak 241 logo telah diterima dan hanya 9 logo telah disenarai pendek setelah menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan. Sesi undian bermula pada hari rabu lepas sehingga hari Jumaat, 11 Disember 2020 jam 12 tengah hari.

Selain kreatif, rekaan Azral Ramlay dipilih kerana mempunyai identiti pasukan Negeri Sembilan dan tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana logo atau karya pasukan lain di seluruh dunia.

3 warna asas iaitu kuning, hitam dan merah pada perisai logo tersebut melambangkan seluruh rakyat, pemain serta penyokong bersama-sama menjaga dan mempertahankan pasukan kesayangan mereka daripada dirosakkan oleh musuh seiring dengan lirik lagu pasukan itu, “musuhnya habis binasa”.

Baca artikel lain mengenai isu logo pasukan Liga Malaysia yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini melalui pautan dibawah.

Rekaan Kepala Rusa Logo Baru Kelantan FC Jadi Bualan Hangat, Ciplak Terus Atau Ada Lesen Dari Pereka Asal?

Penang FC Dan Sabah FC Perkenalkan Logo Baharu Masing-Masing

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?