Bekas pengendali pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah berpendapat isu tunggakan gaji merupakan perkara biasa dalam saingan Liga Malaysia.

Azraai berkata demikian setelah bekas majikannya itu menghadapi tunggakan gaji selama tiga bulan dan beliau berpendapat penjelasan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini sudah mencukupi.

Azraai Khor
SEREMBAN 08 MAC 2018. Jurulatih baru Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah ketika sesi latihan skuad Negeri Sembilan di padang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban 3. STR/ADZLAN SIDEK

“Kalau lihat penjelasan KFA itu, kita perlu terimalah. Bukan setakat Kedah sahaja tetapi boleh dikatakan hampir semua pasukan turut bergantung kepada dana kerajaan negeri untuk bergerak kerana bola sepak Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dengan politik.

“Malah, dalam sejarah KFA pun saya rasa tidak pernah berhutang dalam jumlah yang besar, jadi saya yakin pengurusan ada cara untuk menyelesaikan masalah itu. Kita pun perlu faham situasi semasa yang menjadi punca masalah ini dan semua pasukan turut mengalaminya.

“Apapun, KFA sudah berjanji menyelesaikan masalah ini dan saya percaya mereka boleh melakukannya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris memberi penjelasan dimana masalah yang dihadapi oleh pihaknya ialah kerana pihak penaja tidak dapat memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perniagaan para penaja terjejas teruk dan perkara ini nyata memberi kesan terhadap pembayaran gaji pemain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

TMJ Tampil Pertahankan JDT, Tegaskan Hanya Mahu Bela Nasib Pemain

FAM: Kenyataan Asmirul Hanya Mahu Menutupi Kesilapan Sendiri

Kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC Mahu Berguru Dengan Johor Darul Ta’zim