Bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusoff meluahkan pandangan mengenai lambakan pemain import dalam saingan Liga Malaysia berdasarkan pengalamannya beraksi secara profesional selama 13 tahun.

Menurut kenyataan di laman facebooknya, beliau mahu pemain tempatan membuktikan mereka lebih baik daripada pemain import meskipun mempunyai kekurangan dari segi fizikal.

“Jangan terlalu hormat, jangan bagi muka. Ini Liga kita, ini Negara kita. Mereka yang sepatutnya hormat pada kita. Setiap perlawanan saya akan pendamkan rasa geram kepada pemain-pemain import pasukan lawan.

“Bukan niat untuk mencederakan, tapi untuk buktikan pemain-pemain Malaysia lebih bagus dari mereka. Lawan dengan fizikal kita tahu kita akan kalah. Tapi lawan dengan semangat, percayalah mereka akan kalah dengan semangat kita.

“Semua pemain-pemain di Malaysia kena terapkan perasaan untuk jadi lebih bagus dari pemain-pemain import. Buktikan pada mereka kita lebih hebat dari mereka. Bukan bukti hanya di dalam hati, tapi buktikan di atas padang,” katanya.

Kedah
Sumber Gambar: mStar

Azmeer yang telah gantung but pada bulan disember tahun lepas turut menceritakan pengalamanya bergaduh dengan pemain naturalisasi negara, Quilherme De Paula. Beliau berharap para tempatan tidak sesekali takut berhadapan dengan pemain import yang lebih besar.

“Saya masih ingat lagi bagaimana saya bergaduh dengan De Paula pada tahun 2016. Sewaktu itu De Paula bermain untuk PDRM, saya bermain untuk Kedah. Beliau meraikan gol dengan menendang tiang sepakan penjuru.

“Sewaktu itu juga bendera di tiang tersebut berwarna hijau kuning. Lantas saya pergi ke arah beliau dan memarahi beliau kerana menendang bendera tersebut. Sampaikan Coach Tan Cheng Hoe terpaksa meleraikan pergaduhan kami. Sebab tu saya cakap, jangan bagi muka,” tambahnya.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan Azmeer Yusoff yang pernah disiarkan dalam Vocket FC sebelum ini. 

Berkongsi Pengalaman Berkaitan Pengurusan Kewangan, Ini 9 Nasihat Azmeer Yusof Kepada Pemain Bola Sepak

Azmeer Yusoff: Jual Ikan Sehingga 1.3 Tan Sehari, Cari Pendapatan Tambahan Ketika PKP

Azmeer Yusof Dedahkan Punca Utama Kenapa Beliau Tinggalkan Skuad Helang Merah