Rezeki yang dikurniakan kepada kita semua tidak sama, ada yang lebih ada yang kurang diantara setiap individu. Ia sebenarnya untuk kita semua melihat dalam gambaran yang lebih besar bagaimana kehidupan kita didunia ini perlu membantu saling tolong menolong, berkongsi mana yang mampu untuk kesejahteraan bersama.

Menerusi satu perkongsian Azmeer Yusof melalui laman sosial Facebook hari ini, beliau membuka satu peluang kepada 10 orang lelaki berusia bawah 40 tahun yang mahu belajar Al-Quran dirumahnya.

Salam Jumaat. Saya nak buka rumah saya ni kepada kaum lelaki bawah 40 tahun yang nak mengaji mahupun belajar mengaji.

88253635_1295879770598173_6041522481427120128_n

Jangan Malu, Jangan Segan. Kita Wajib Belajar.

Azmeer Yusof juga turut mengingatkan kita semua bahawa, belajar mengaji Al-Quran ini adalah wajib, biar sedikit janji ada usaha.

“Jangan malu, jangan segan. Ni kalam Allah. Kita WAJIB belajar, kita WAJIB membaca. Atleast tiap kali datang 1 muka surat pun jadilah, janji kita ada usaha utk membaca. Kita kena akui, akhir zaman ni kita dah pun ‘ tinggalkan ‘ Quran.”

Dan sebagai permulaan, beliau mencari 10 orang lelaki dan hanya perlu hadir tanpa membawa apa-apa kerana kitab Al-Quran dan juga ustaz akan beliau sendiri sediakan secara percuma.

“Untuk permulaan ni saya nak mencari dalam 10 orang. Tuan-tuan bawa diri je, Al-Quran & ustaz saya sediakan, InsyaAllah. Important is TAK PERLU BAYAR APA-APA. Rumah saya di Tongkang Yard. Yang berminat boleh pm saya ya, 10 orang terawal sahaja.”

Berdasarkan komen yang dibalas oleh Azmeer Yusof, sesi mengaji Al-Quran ini akan diadakan pada setiap hari bermula jam 9 hingga 11 pagi dirumahnya – lokasi: No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah.

Sejuk Hati Baca Komen Yang Ditinggal Netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, sudah hampir 700 perkongsian dan 300 komen ditinggalkan oleh netizen yang rata-rata memberikan kata-kata sokongan untuk Azmeer Yusof.

Screenshot 2020-03-06 at 5.11.11 PM

Malahan ada yang sentiasa mendoakan beliau semoga terus dimurahkan rezeki serta kekuatan untuk membantu golongan yang mungkin mahu mengaji tetapi malu atau tidak tahu tempat dan sebagainya.

Screenshot 2020-03-06 at 5.11.41 PM Screenshot 2020-03-06 at 5.12.28 PM

Semoga Azmeer Yusof akan terus berjaya dalam bola sepak, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Baca juga artikel lain yang berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Dipaksa Untuk Berkahwin Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum?

102,712 Penonton Hadir Ke Stadium Untuk Liga Super Dan Liga Premier, 3 Venue Catat Bawah 1,000 Penonton

Dua Bekas Pelatih Akademi Mokhtar Dahari Catat Kejayaan Cemerlang Dalam SPM 2019