Kelmarin, bekas pemain pertahanan Kuala Lumpur, Azmeer Yusof telah mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan telah keluar daripada pasukan Kedah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengundurannya itu tiada kaitan dengan masalah tunggakan gaji yang melibatkan skuad Helang Merah sebaliknya ingin menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan yang diceburi.

Pemain yang berusia 30 tahun itu turut menafikan telah bersara daripada sukan bola sepak sebaliknya hanya menamatkan kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk musim ini.

“Apa yang saya maksudkan dengan berundur itu adalah saya tidak menyambung kontrak yang sepatutnya tamat pada 30 November ini. Saya menghantar surat kepada pihak pengurusan KFA pada 29 Mei lalu bagi memaklumkan perkara tersebut.

“Pihak pengurusan KFA terima dengan baik. Buat masa ini, saya mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan yang saya ceburi termasuk membina sebuah Pusat Pengajian Islam di Alor Setar.

“Disebabkan itu saya perlu berjumpa dengan ramai orang khususnya mereka yang lebih arif dalam soal ini. Jadi saya buat keputusan untuk off (berehat) sekejap daripada bola sepak supaya saya boleh selesaikan urusan pembinaan Pusat Pengajian Islam itu,” katanya dalam Sinar Harian.

azmeer-yusuf
Azmeer Yusof

Azmeer turut berharap pihak pengurusan KFA melangsaikan tunggakan gaji semua pemain walaupun berdepan masalah kewangan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Malah, beliau juga meminta bayaran yang lebih rendah untuk menolong menambahkan kantung kewangan KFA.

“Diharapkan KFA dapat memenuhi janji membuat pembayaran sehingga gaji bulan Mei. Tetapi saya bukannya menuntut sepenuhnya, sebab saya faham KFA tengah susah.

“Tetapi tuntutan saya itu berbeza sikit kerana saya minta lebih rendah. Mungkin inilah caranya saya dapat tolong KFA. Saya harap KFA juga dapat beri kerjasama menjelaskan pembayaran sehingga Mei,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Tiada Lagi Jambang, Guilherme De Paula Kini Berwajah Baharu

https://www.vocketfc.com/damion-steward-bijak-gunakan-kekuatan-fizikal-sukarkan-banyak-pemain-lawan-mengatasinya-razman-roslan/nbsp;

Satiananthan Harap Penyokong Dibenarkan Masuk Semula Ke Stadium