Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berpendapat bahawa para pemain perlu menjelmakan aksi sepenuh tenaga ketika berhadapan semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia dan tidak hanya beraksi cemerlang ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sahaja.

Memetik sumber laporan Berita Harian (BH Sukan), Azlan berpendapat sedemikian selepas melihat tiga pasukan yang berjaya mencuri mata bertemu juara tujuh musim berturut-turut saingan Liga Super itu tewas pada perlawanan berikutnya.

Lebih menarik untuk diperkatakan, Selangor bersama-sama Perak dan Terengganu mengalami kekalahan di tangan Penang FC selepas mereka [Selangor dan Perak] bergembira mengikat JDT malah, Terengganu pula mencatatkan kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim.

Sehubungan dengan itu, Azlan melihat pemain bagi setiap pasukan tidak boleh mengambil mudah perlawanan selain daripada menentang JDT.

“Mereka (pasukan) alami sindrom terleka, mereka ingat nasib mereka akan sama ketika bertemu dengan pasukan kuat [merujuk kepada JDT]. Tapi mereka lupa sebenarnya nasib mereka mendapat keputusan yang baik ke atas pasukan kuat kerana usaha keras sendiri.”

“Sindrom ini bukan saja melanda pemain kita, malahan pemain di seluruh dunia. Saya lalui benda ini dan saya banyak baca buku termasuk mengenai Sir Alex Ferguson yang menyatakan bahawa perkara (sindrom) itu memang terjadi.”

“Jadi untuk pemain, mereka kena sedar bahawa dalam setiap perlawanan menentang pasukan mana pun, mereka kena lompat sama tinggi dan berlari sama pantas, barulah anda dapat nasib kemenangan itu.”

“Faktor keletihan juga berlaku selepas mereka berdepan pasukan kuat apabila mereka lupa merehatkan diri dengan bijak. Contohnya, mereka tidak boleh terlampau asyik dengan kemenangan,” ujar Azlan Johar kepada Berita Harian.

Baca artikel lain tentang perkembangan bola sepak tempatan:

Azraai: Kempen Liga Makin Menarik Dengan Persaingan Empat Pasukan

Selangor Perkenalkan Jersi Ketiga Dan Kit Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-85

Karsten Neitzel: Pemain Gantian Sekali Lagi Cemerlang

Sumber