Terengganu kehilangan seorang lagi khidmat pemain tengah apabila Azalinullah Alias sah mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Azali nyata kecewa dengan kecederaan yang dialami namun beliau kini memberikan sepenuh fokus untuk proses pemulihan.

https://twitter.com/azalialias18/status/1372886005896814593?s=21

“Saya harap ini adalah mimpi ngeri dimana saya boleh bangun selepas itu. Sukar untuk saya percaya namun saya tidak boleh mengubah apa yang sudah berlaku.

“Jadi kini fokus untuk pulih dan kembali dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Saya ucapkan selamat maju jaya untuk rakan sepasukan dalam saingan Liga Super dan Piala AFC,” kata Azalinullah.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan ketika aksi Liga Super menentang Melaka United pada Rabu lalu dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Sebelum ini, Nafuzi terpaksa melupakan khidmat Petrus Shitembi ekoran pemain tengah itu mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nafuzi Zain Beri Bayangan Azalinullah Alami Kecederaan Serius

Khairul Azhan Gesa Rakan Sepasukan Fokus Perlawanan Liga Super Seterusnya

Adakah Penalti Ke-2 JDT Sepatutnya ‘Retake’, Kedudukan Kaki Khairulazhan Jadi Tanda Tanya.