Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah Terengganu yang sedang meningkat naik, Azalinullah Alias mahu meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menerima kunjungan pasukan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada esok.

Azali menjadi tumpuan apabila menampilkan persembahan cemerlang di bahagian tengah pada perlawanan menentang Kedah, Sabtu lalu sekaligus membantu Terengganu meraih tiga mata pertama musim ini. Berdepan Selangor, pemain berusia 23 tahun ini sedar pasukan lawan mempunyai kualiti yang tersendiri dan mahu mengulangi prestasi minggu lalu sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama oleh Nafuzi Zain.

Azalinullah

Sumber Gambar: Terengganu FC

“Doakan kami terus dapat beraksi dengan baik demi pasukan bagi membolehkan TFC meraih kemenangan kedua meskipun sedar lawan mempunyai pemain berkualiti termasuk tonggak import mereka, nama Selangor itu sendiri sudah cukup besar dalam arena bola sepak negara.

“Namun jika diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama, saya akan cuba sedaya upaya untuk mempamerkan aksi terbaik lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri, sudah tentu peminat mahu menyaksikan tiga mata berjaya diraih,” kata Azalinullah Alias menurut laporan Berita Harian.

Azalinullah Alias

Sean Selvaraj, salah seorang penyerang Selangor. Sumber Gambar: FA Selangor

Pada perlawanan minggu lalu, Selangor hanya mampu seri ketika berdepan pasukan Perak. Namun, perlawanan tersebut dicemari dengan tindakan berbaur perkauman oleh penyokong Selangor sehingga menyebabkan pengendali pasukan, B.Satianathan berang.

Oleh itu, kempen anti perkauman sedang gencar dilancarkan di laman media sosial ketika ini bagi memastikan kejadian memalukan seperti itu tidak berulang.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor dan Terengganu di sini:

FAM Dan MFL Digesa Lebih Tegas Tangani Isu Perkauman

MFL Dan FAM Pandang Serius Isu Perkauman Yang Melanda Liga Malaysia

Azalinullah Wajar Diberikan Peluang Tampil Dalam Kesebelasan Utama Terengganu

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group