Pemain pertahanan kanan skuad Piala Dunia Bawah U20 Jepun, Yukinari Sugawara disahkan akan terus beraksi bersama pasukan AZ Alkmaar dalam saingan Eredivisie apabila mengikat kontrak penuh sehingga musim 2025.

Pengumuman berkenaan perkara itu telah dibuat secara rasmi oleh AZ Alkmaar dan juga kelab asal beliau iaitu Nagoya Grampus semalam selepas semua perkara berkaitan dengan kontrak sudah diselesaikan.

Yukinari Sugawara mula menyertai skuad AZ Alkmaar pada permulaan musim 2019-2020 ini selepas berkakhirnya saingan Piala Dunia Bawah U20 dan berjaya mencipta nama apabila beliau berjaya menjaringkan gol pembukaan ketika bertemu Fortuna Sittard.

ELoLFCdWsAA3woa
Yukinari Sugawara ketika turun beraksi bertemu Manchester United dalam saingan UEFA Europa League.

Menurut kenyataan dari AZ Alkmaar lagi, Yukinari Sugawara telah melakukan 15 penampilan dalam saingan Eredivisie musim ini dimana 5 daripadanya adalah sebagai kesebelasan utama pasukan.

Selain itu, pemain pertahanan kanan yang agak versatile ini juga sudah pun turun dalam 7 perlawanan UEFA Europa League, 1 penampilan dalam saingan KNVB Cup serta 5 penampilan bersama skuad remaja Jong AZ.

Sebelum tiba di AZ Alkmaar, Yukinari Sugawara sudah beraksi dengan skuad remaja Nagoya Grampus dan melakukan debut bersama pasukan senior pada 24 Febuari 2018. Pada musim itu beliau telah melakukan 22 penampilan dalam saingan J1 League dan 9 penampilan dalam saingan Piala Liga.

Screenshot 2020-02-24 at 1.53.21 AM

Pengarah Bola Sepak AZ Alkmaar, Max Huiberts dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mereka cukup tertarik dengan prestasi dan kualiti yang dimiliki oleh Yukinari Sugawara selepas memerhatikan beliau bermain dan berlatih selama 6 bulan.

“Kami yakin dengan apa yang dimiliki oleh beliau dan akan memberikan kontrak penuh untuk beliau. Kami telah melakukannya sekarang.”

“Dia adalah seorang pemain muda dan telah bersedia untuk beraksi dengan pasukan utama. Dan ia adalah satu perkara yang baik untuk mengikat beliau dalam tempoh yang lama.”

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Skuad Filipina B23 Akan Beraksi Dalam Saingan PFL Musim 2020, Medan Utama Pembangunan Pemain Muda

AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur

Slot AFC Cup Akan Diberikan Kepada Juara Piala FA Dan Naib Juara Liga Super Mulai 2021