Ayah Sergio Agüero, Leonel del Castillo telah membuat serangan dan beberapa tuduhan mengejutkan mengenai pengurus Manchester City, Pep Guardiola, setelah anaknya secara rasmi keluar dari kelab minggu ini.

Setelah 10 tahun berjasa dan membina legasi yang luar biasa, pemain Argentina itu akhirnya meninggalkan pasukan itu untuk menyertai gergasi Sepanyol, FC Barcelona.

NINTCHDBPICT000655122358-e1621792307429

Menurut ayah Aguero, sebenarnya anak dia masih mahu kekal di City, namun dia terseksa kerana kekejaman Guardiola.

Leonel berkata: “Anak saya menunggu hingga saat terakhir untuk memperbaharui kontrak dengan Man City tetapi itu tidak berlaku. Mereka [pengurusan Guardiola] tidak mahukan anak saya.”

Ayah Aguero lega kerana anaknya kini gembira dapat bermain bersama Lionel Messi di Barcelona.

“Dia gembira sekarang setelah menandatangani kontrak dengan Barcelona. Saya melihatnya gembira. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.”

“Ada beberapa kelab yang berminat untuk menandatanganinya. Arsenal berminat dan Chelsea hingga saat-saat terakhir. Jika dia tidak akan menyertai kelab England lain, maka ia [pilihannya] akan sama ada Itali atau Sepanyol.”

“Dia berkawan dengan Lionel Messi sejak mereka berusia 15 tahun dan mereka selalu bercakap. Nampaknya Messi akan kekal di Barcelona sehingga mereka akan bermain bersama,” tambah ayah Aguero lagi.

Namun, Castillo terus melancarkan serangan panas ke atas pengurus Manchester City, dengan menuduhnya ingin menjadi ‘protagonis’ yang menyebabkan anaknya terpaksa meninggalkan Manchester City.

Leonel malah menuduh Pep Guardiola hanya bermuka muka ketika menangis pada hari keraian kejuaraan EPL ketika bercakap tentang Aguero.

“Saya tidak percaya dengan air matanya,” kata Castillo.

“Bagi saya, dia tidak pernah menginginkan Kun. Dia selalu mahu menjadi orang paling penting di sana. Saya tidak percaya pada Guardiola. Dia tidak pernah menginginkannya [piala Liga Juara-Juara], dia mahu menjadi protagonis semua pasukan.”

“Dia mengatakan bahawa dia [Aguero] tidak dapat tergantikan dan dia pada masa yang sama tidak mahu memilikinya dalam skuad. Ada banyak perkara mengenai Guardiola, dia jurulatih yang hebat, tetapi kadangkala pemain pemain ini mengubah anda, persekitaran pun berubah. Kamu [pemain] malah tidak pernah tahu sama ada akan bermain dalam kesebelasan utama atau tidak. ”

“Ada orang mengatakan jika kamu mahu terus kekal di sini, maka kamu tidak mempunyai pilihan selain daripada untuk berubah. Dia [Aguero] [dibenarkan kekal] selagi dia mahu melanjutkan kontraknya. Tetapi tidak mungkin [kali ini ] – dalam pasukan di mana dia adalah idola. ”

Baca juga artikel

TERKINI: Barcelona Dan Aguero Capai Kesepakatan, Depay Menyusul

RASMI: Aguero Sertai Barca, Kontrak 2 Tahun Dengan Klausa Pelepasan €100 Juta

Guardiola: ‘Aguero Sertai Kelab Saya Cintai, Bermain Dengan Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’