Skuad Malaysia bawah 15 tahun (B-15) sekali lagi melakar kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan, Australia dengan jaringan 3-0 dalam kejohanan AFF B-15 di Stadium Institut Pendidikan Fizikal, Chonbori, Thailand pada petang tadi.

Ia adalah kemenangan yang ketiga berturut-turut tanpa bolos dan turut mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan baki dua perlawanan lagi harus diharungi menentang Laos dan Thailand.

Dalam perlawanan tersebut skuad kendalian P. Maniam itu memperolehi jaringan awal pada minit ke 4 hasil daripada sepakan penalti Daniel Edzwan.

24 minit kemudian, Nabil Qayyum terus menambah derita pasukan lawan apabila menjaringkan gol kedua. Jaringan itu telah membakar semangat pemain negara untuk terus mengasak dan kerap kali melancarkan ancaman berbahaya ke kubu lawan.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki sepasuh masa kedua, Muhammad Izrin Ibrahim memastikan tiga mata penuh menjadi milik Malaysia apabila menyudahkan hantaran cantik Nabil Qayyum daripada sebelah kanan pada minit ke 70.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kini mengumpulkan 13 jaringan hasil kemenangan 8-0 ke atas Brunei, menewaskan Kemboja 2-0 dan terbaru menewaskan Australia 3-0. Mereka akan bertemu Laos pada hari sabtu ini.

Manakala Australia mengumpul 6 mata hasil kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dan tewaskan Loas 3-0. Hanya dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group