Australia dilaporkan berminat untuk membida bagi menjadi tuan rumah temasya terbesar dalam sukan bola sepak iaitu Piala Dunia edisi 2034.

Setelah berjaya menjadi tuan rumah temasya Piala Dunia Wanita bagi edisi 2023 bersama New Zealand, Australia mahu yakin bahawa mereka mampu untuk menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi menjadi tuan rumah bagi temasya lelaki.

Ketua Eksekutif FA Australia, James Johson berkata sekarang adalah masa yang tepat untuk mencuba sekali lagi selepas negaranya bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita selain Sukan Olimpik Brisbane 2032.

“Kami akan mengadakan temasya yang baik pada 2023. Kami akan membina legasi bagi sukan ini tetapi kami perlu berusaha lebih keras kerana ini boleh menjadi batu loncatan bagi lebih banyak pertandingan FIFA pada masa akam datang,” kata Johson.

Tambah Johson, temasya edisi 2030 berkemungkinan besar akan diberikan kepada negara Eropah atau Amerika Selatan. Temasya 2026 pula akan diadakan oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Maka temasya 2034 merupakan sasaran yang realistik bagi mereka.

Sebelum ini, Australia juga membida bagi menjadi tuan rumah bagi temasya edisi 2022 namun mereka tewas kepada Qatar. Usaha yang memakan biaya sebanyak $A45 Juta atau RM140 Juta yang menggunakan wang pembayar cukai itu tewas dengan perbezaan satu undian.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Mahu Fokus Kelayakan Piala Dunia, Saingan Liga Vietnam Disambung Semula Pada Tahun Hadapan

Masashi Motoyama: “Hanya JDT Miliki Fasiliti Setaraf Dengan Kelab Atasan J.League, Pasukan Lain Lebih Kurang Sama Sahaja.”

Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!