Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pasukan kebangsaan Australia dilaporkan bakal mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia dan aksi ini dijadualkan berlangsung pada bulan Mac.

Artikel Berkaitan:

Perkara ini dikongsikan oleh Front Page Football di laman media sosiap Twitter dimana kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada tahun 2011.

Pada perlawanan yang berlangsung di Canberra, Australia muncul sebagai pemenang dengan keputusan 5-0 ke atas skuad yang dibimbing oleh Datuk K.Rajagobal ketika itu.

Ketika temasya Piala Dunia 2022 di Qatar, pasukan bimbingan Graham Arnold itu berjaya mara sehingga peringkat 16 pasukan terakhir dimana mereka tewas kepada Argentina dengan keputusan 2-1.

Argentina kemudiannya memenangi kejuaraan buat kali ketiga dengan menewaskan Perancis pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan mereka sedang mengatur perlawanan persahabatan menentang pasukan yang menduduki ranking ke-84 dunia iaitu Jordan.

Perkembangan itu adalah susulan kunjungan hormat Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin ke atas Presiden Persatuan Bolasepak Jordan (JFA), Putera Ali Bin Al Hussein di Amman bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala Malaysia-Jordan.

“Terima kasih kepada Putera Ali yang meluangkan masa beliau untuk membincangkan kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Jordan.

“Kita juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan dengan Jordan merangkumi semua peringkat umur, termasuk skuad kebangsaan wanita, futsal dan bola sepak pantai di bawah kalendar FIFA nanti.

“Saya optimis perbincangan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka masa panjang,” kata Datuk Haji Hamidin.

Pada dasarnya kedua-dua pemimpin menyambut baik cadangan supaya hubungan kedua-dua negara, Malaysia-Jordan dan juga Asia Barat dinaikkan taraf ke peringkat yang lebih komprehensif.