Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United.

Dua gol itu juga dihasilkan beliau pada aksi liga ke-400 beliau di dalam kariernya.

Pierre Emerick Aubameyang mendapat kritikan yang agak teruk musim ini selepas gagal menunjukkan aksi terbaiknya di hadapan gol terutama sekali selepas menandatangani kontrak lumayan.

Kapten Arsenal itu menunjukkan bahawa beliau masih memiliki sentuhan maut itu. Melakukan 5 percubaan ke arah gol, menjaringkan 2 gol dan satu lagi terkena palang gol.

Aubameyang membuka tirai jaringan pada minit ke-50 selepas menerima hantaran Thomas Partey.

10 minit kemudian, Bukayo Saka menggandakan kedudukan dengan merembat masuk hantaran Emile Smith Rowe.

Aubameyang melengkapkan malam cemerlang Arsenal yang musim ini kerap berdepan masalah dengan pasukan seperti Newcastle. Di mana kapten Arsenal itu menjaringkan gol pembunuh perlawanan pada minit ke-77.

Pierre-Emerick Aubameyang telah merekodkan 400 aksi dalam liga. Dengan 102 perlawanan liga dengan Arsenal, 114 perlawanan bersama Borussia Dortmund, 87 perlawanan dengan St Etienne, 19 perlawanan dengan AS Monaco, 14 perlawanan ketika bermain untuk Lille, dan 34 perlawanan lagi ketika masih bersama dengan Dijon.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, gembira dengan penampilan bertenaga Aubameyang. Dan beliau percaya 2 gol itu akan meningkatkan semula keyakinan Aubameyang.

“Saya rasa Pierre-Emerick Aubameyang memiliki dua atau tiga peluang yang sangat baik pada babak pertama yang tidak dapat dijaringkannya.”

“Namun, gol Auba hari ini akan memberikan keyakinan dan ianya bagus untuk beliau, dan itu juga bagus untuk pasukan,” kata Arteta.

Kemenangan ke atas Newcastle membolehkan Arsenal kini berada dalam 10 teratas.

Baca juga perkembangan lain

Piala Super Sepanyol: Athletic Bilbao Hampakan Barcelona, Messi Kutip Kad Merah

Derbi D’Italia: Inter Milan Tewaskan Juventus

North West Derby: Permusuhan Yang Bermula Dari Terusan Kapal Manchester