Pengurus Arsenal Mikel Arteta tidak terkejut melihat Pierre-Emerick Aubameyang menolak twaran dari kelab lain seperti Barcelona dan Inter Milan.

Ini kerana menurut Arteta, pemain itu akhirnya sedar bahawa The Gunners adalah pasukan yang luar biasa.

Aubameyang sebelum ini dikaitkan dengan berita bahawa dia bakal meninggalkan Arsenal dan dijangka tidak akan melanjutkan kontraknya di Emirates.

Namun begitu, Aubameyang akhirnya memutuskan untuk kekal di Arsenal. Barcelona dan Inter antara kelab yang ada mencuba mendekati pemain itu, namun ditolak oleh Aubameyang.

Barcelona mencari pemain serangan untuk menggantikan Luis Suarez. Barcelona turut dikaitkan dengan pemain lain seperti Lautaro Martinez.

Pierre-Emerick Aubameyang telah menandatangani kontrak tiga tahun yang baharu di Arsenal. Di mana dia akan mendapat gaji £250 ribu seminggu seminggu dan boleh meningkat sehingga £350 ribu seminggu jika kesemua bonus dicapainya.

Keputusan Aubameyang disambut baik oleh Mikel Arteta, yang sejak awal yakin penyerang itu akan bertahan.

Arteta juga mendakwa penyerang menandatangani kontrak baru kerana dia menyedari status sebenar Arsenal yang setaraf dengan kelab seperti Barcelona.

“Saya rasa alasan utama mengapa Auba kekal adalah kerana kita mempunyai pasukan bola sepak yang luar biasa seperti mana kelab kelab tersebut [yang turut berminat dengan Auba].”

“Kami mempunyai beberapa orang hebat yang bekerja di sini dan dia merasakan rasa sayang dari peminat,” tambah Arteta lagi.

Mikel Arteta juga mengakui bahawa beliau membantu memujuk Pierre-Emerick Aubameyang untuk kekal.

Di mana Arteta menjelaskan kepada pemain berusia 31 tahun itu bahawa dia adalah tonggak yang sangat penting untuk projek baharu Arsenal.

“Saya menjalankan tugas saya, menjelaskan kepadanya apa yang ingin kita lakukan, menjelaskan kepadanya betapa pentingnya dia, apa yang kita mahu bina. Itu sahaja,” katanya.

“Kelab harus mendapat kredituntuk itu dan semua orang yang menyusun pakej ini untuk membuatkannya terus kekal,” tuntas Arteta.

Pierre-Emerick Aubameyang telah membuat 111 penampilan untuk Arsenal setakat ini dan menjaringkan 72 gol. Dia juga telah menjaringkan satu gol dalam perlawanan pembukaan The Gunners menentang Fulham musim ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

RASMI: Liverpool Muktamadkan Perpindahan Thiago Alcantara Dan Diogo Jota

Adidas X Wolves Lancarkan Jersi Ketiga Dengan Tema Warna ‘Portugal’

Baru Semusim Di Madrid, Jovic Sudah Mahu Keluar