Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang akhirnya menamatkan spekulasi tentang masa depan beliau.

Ini selepas penyerang dari Gabon itu sah akan kekal 3 tahun lagi di Emirates.

Berita itu pastinya menggembirakan semua penyokong pasukan Arsenal. Ianya selepas satu saga rundingan yang panjang sejak tahun lalu lagi.

Mikel Arteta sebelum ini pernah menyatakan beliau tidak ada kebimbangan tentang masa depan Aubameyang di Arsenal.

Aubameyang akan menjadi penerima gaji tertinggi di Arsenal, sesuai dengan status dan reputasinya sebagai bintang utama The Gunners.

Beliau selepas ini akan menerima £200k seminggu di Arsenal.

Sejak menyertai Arsenal, beliau setakat ini sudah menjaringkan 72 gol dalam 111 perlawanan. Beliau juga menjadi nadi penting dalam membawa kejuaraan piala domestik, Piala FA ke Arsenal musim lalu.

Aubameyang menyatakan beliau sangat gembira.

Aubameyang berkata: “Menandatangani untuk kelab istimewa ini bukan satu keraguan.”

“Terima kasih kepada semua penyokong kami, rakan sepasukan, keluarga dan kesemua mereka yang ada di kelab yang membuatkan saya rasa diri memang milik kelab ini.”

“Kita boleh mencapai sesuatu yang besar bersama sama. Kita ada perkara yang mengujakan di sini dan saya percaya yang terbaik akan datang ke Arsenal.”

Baca juga perkembangan lain

Alvaro Gonzalez Terima Ancaman Bunuh Selepas Insiden Dengan Neymar

United Berkeras Minta €20 Juta, Smalling Mungkin Terpaksa Lupakan Roma

Lampard Tembak Sikap Hipokrit Klopp Sindir Perbelanjaan Lebih £200 Juta Chelsea

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group