Penyerang dan kapten Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang bakal tamat kontrak tidak lama lagi dengan The Gunner.

Beliau memberitahu telefoot bahawa sehingga ke hari ini pihak beliau dan kelab masih belum mencapai apa apa persetujuan lagi.

Ini kerana beliau menyatakan mahu membuat keputusan sebaik mungkin dalam keputusan terpenting di dalam kariernya.

“Saya baru-baru ini tidak menerima tawaran tersebut tetapi sudah tentu ada perbincangan dengan kelab,” katanya kepada outlet Perancis Telefoot.

“Mereka [kelab] adalah kunci kepada semua ini dan untuk mereka melakukan kerja mereka. Selepas itu kita akan melihat apa yang berlaku.”

“Ini adalah titik perubahan dalam karier saya. Saya telah berterus terang dengan semua orang. Sudah tentu ia keputusan yang sukar dibuat.”

“Ini mungkin keputusan terpenting dalam karier saya. Tetapi setakat ini tidak ada yang diputuskan.”

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu juga menyatakan hasratnya adalah untuk memenangi trofi ketika memasuki peringkat terakhir dalam kariernya.

Penyerang itu memenangi satu piala domestik dengan Saint-Etienne dan dua lagi dengan pasukan Bundesliga, Dortmund, tetapi telah mengakui bahawa dia ingin menambah lagi jumlah itu sekarang.

“Sudah tentu [saya mahu memenangi piala],” tambah beliau lagi.

“Setiap pemain yang kompetitif mahu memenangi gelaran. Semua orang kemudian akan bertanya soalan jika anda ingin memenanginya di Arsenal atau di tempat lain.

“Tetapi saya mahu memenangi piala. Itu jelas dan semua orang mengetahuinya.”

Baca perkembangan lain dari Eropah

Black Lives Matter Ganti Nama Pemain Pada Jersi EPL

Dortmund Capai Persetujuan Verbal Halang Haaland Sertai Real Madrid

Kelab Paling Bernilai: United Di Belakang Real Madrid, Liverpool Catat Peningkatan Mendadak